Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 3, 2010

Dia menoleh kearah saya dan merubah segalanya..

Saya pernah rasa saya ni macam ombak.
Kelmarin pun masih rasa begitu.
Malah saya memang suka jadi begitu.
Suka pada kebodohan ombak yang tak jemu menghempas pantai.
Selalu bandingkan diri saya dengan ombak.
Sama bodoh macam ombak.
Membiarkan di jadikan bodoh.
Tadi dia mengajar saya untuk menjadi diri saya sendiri.
Bukan ombak.
Bukan bodoh.
Dia mengajar saya untuk menerima diri sendiri seadanya.
Melihat secara positif apa yang saya ada
dan tidak kesal atas apa yang tidak kepunyaan saya.
Hati lebih tenang begini.
Jiwa tidak menderita.
Saya yakin dengan aura positif yang ada pada dia,
saya akan lebih bahagia.
Terima kasih kerana hadir di waktu saya anggap saya sudah menjadi ombak.
Rupanya saya tidak akan pernah menjadi ombak.
Saya adalah saya.

( Kehadiran dia dalam hidup saya amat saya hargai..Terima kasih Tuhan...)

2 comments:

DrSam said...

bertuah kerana masih punya 'dia' dan DIA.

Granny Hani said...

Kerana 'Dia' tidak pernah lupakan saya maka saya bertemu 'dia'..Alhamdullilah syukur ke hadrat Dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...