Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 3, 2010

Banyak tul Hadiah hari ni...TQ

Hari ni sambutan hari guru peringkat sekolah.Orang lain dah lama sambut, sekolah saya ketinggalan. Sebenarnya kami nak tunggu hari akhir penggal persekolahan. Lagi meriah sebab bersempena sambut kedatangan cuti pertengahan tahun.
Banyak juga saya dapat cenderahati dari anak murid. Terharu jugak la, kita hari hari duk marah marah dia orang, duk pot pet pot pet macam mak nenek..kadang kadang ringan tangan nak cubit jugak kalau melampau tu...Tapi anak anak ini 'innocent'. Dengan tulus, mereka hulurkan hadiah dengan ucapan sekali. Saya cuma berharap mereka faham yang setiap cikgu tidak ada lain dalam hati kecuali hendak memberi bimbingan..Hendak mengubah mereka dari tak tau kepada tau, dari kertas kosong pada kertas bercorak.
Kami hanyalah membantu sedaya kami, yang menentukan masa depan mereka adalah hak Allah di samping usaha dan keberkatan masing masing.
Hari ini selain dari mendapat ribuan ucapan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima kasih cikgu', saya juga ingin ucapkan 'Terima kasih anak murid ku' dan semoga ilmu yang diberi dapat di manafaatkan nanti..Salam penuh ikhlas dari Cikgu Hani.

2 comments:

sI tEDI said...

wah! dari yg besar sampai ke yg kecik!

tahniah!

mesti guru yg baik ni! :)

kak Erna said...

Hani..memang banyak betul hadiahnya..mesti guru yang disayangi anak muridkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...