Diri sendiri. Diri sendiri acap kali menderhaka. Saya paling takutkan diri saya sendiri bila saya membuat apa apa janji atau keputusan. Dah berapa kali saya terpaksa mengalah pada diri saya sendiri dan sudah acap kali benar diri saya membuat perkara perkara yang tidak sepatutnya saya buat.
Saya memang tak percayakan diri saya. Oleh kerana itu dari saya jadi kecewa dengan diri sendiri, lebih baik saya berhati hati. Semalam saya berjanji pada diri sendiri yang saya sudah mahu ubah cara hidup saya..Saya sudah mahu menutup episod kehidupan yang tidak lagi membahgiakan saya.Saya nak mula hidup baru dengan visi yang lebih menenangkan. Berkali kali saya memesan pada diri supaya jangan cuba untuk merosakkan keadaan...Tapi dalam diam, diri saya sebenarnya meronta ronta protes..Tidak mustahil, diri saya ini akan kalah pada keadaan dan merosakkan rancangan...Masih tidak cukup kah kemusnahan yang diri saya cipta ini...?
Tuhan tidak merubah nasib manusia kecuali manusia itu sendiri yang merubah nya...
1 comment:
Keluarkan Jebat dari hatimu. Darah di hujung Taming Sari tidak akan memberi kepuasan walau dibasuh dengan seluas Sungai Melaka. Sesekali kita perlu menjadi Tuah yang berbakti walau hati disakiti. (makcu)
Post a Comment