Balik dari masjid selepas solat terawih, saya tidak terus balik rumah.
Saja pandu pusing pusing bandar tengok suasana malam di bulan Ramadhan, di Kota Bharu.
Kedai makan meriah sungguh. Ramai pengunjung sedang menjamu selera.
Agaknya lepas solat terawih tu perut mula ada ruang untuk di isi sedikit lagi.
Kebanyakan kedai di penuhi golongan kaum adam dari pelbagai peringkat usia.
Tak sah agaknya kalau tak keluar minum kat kedai.
Saya yakin makanan yang disediakan di rumah masih penuh meja.
Mungkin setengah juadah tu masih belum tersentuh.
Itu lah lambang kemewahan rakyat malaysia, tak ada yang kebuluran.
Tak apalah, masing masing punya cita rasa..biar aje lah.
Asal jangan sampai membazir, bersederhanalah dalam segala hal.
Sebelum balik, saya isi minyak kereta dan singgah beli roti di 7E.
Sampai rumah saya terus ke dapur, buat minuman dan keluarkan kueh untuk hidangan selepas terawih.
Tiba2 bunyi hon kereta di depan rumah.
Bukan tiba2..memang dah acap mcm tu.
Sekejap enjin kereta menderu, membawa bersama penghuni rumah saya yang sekapal dengan golongan yang saya sebut di atas tadi.
Tak senang duduk kalau tak keluar minum dengan kekawan.
Keluar makan 'collek' la tu.
Keluarlah saya pun tak kuasa nak melarang..
Nak saman pun rasanya dah tak makan saman.
Suka hati awak laaa...
Tapi,
Kopi O ais, pengat pisang dan collek buah yang kat rumah ni sapa nak habiskan?
Buah buahan yang dah dipotong dan hidang ni sapa nak sentuh?
Akuuuuuuuuuuuuu jugak la.
3 comments:
salam.
saya baru balik dari Kota Bharu dan ada buat entri tentang "collek" tu. Rupanya saya salah eja. hehe
kalau kelapangan silalah jengah blog saya .. sebab belum ada orang Kelantan yang betulkan sebutan "collek" tu lagi sehinggalah saya baca entri ini.
Roshanilawati,
duk kuantan yer? tak perlah, tak lama lagi nak raya...mesti balik kb kan?
Post a Comment