Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 29, 2012

Tak caya, sudahhh...

Saya ni..........
Walau pun usia dah separuh abad,
Walau pun bergelar ticer dan lebih 30 tahun,
Walau pun terdedah dgn pelbagai kemudahan ICT.
Saya ni............,
Kadang2 saya terasa saya ni macam orang primitif yg duk atas pokok..

Apa tidak nya..
Saya tak pandai nak guna prepaid atau nak beli dan isi top up.
Tu pasal lah guna bil untuk handset.
Handset ngada2 nak yg canggih,
padahal hanya pandai SMS dan call saja.
Nak guna Mesin teller kat bank pun saya tak reti.
Keluar masuk duit dan segala pembayaran nasib baik boss tanggung beres.
Saya terliur nak shopping online tapi tak reti jugak.
Tak reti urusan jual beli cara tu.
Kamera saya jenis yg automatic/ digital paling mudah guna.
Kalau kamera yg byk gadget tu menakutkan saya.
Kemudahan internet pun tau yg basic2 aje.
Kalau tersekat sikit mula lah bising cari talian hayat.
Habis lari orang2 yg kebetulan berdekatan kerana sah mereka lah mangsa saya.
Isi minyak kereta baru jer pandai.
Kira ok lah kan berbanding dulu saya tau pandu aja.

Saya ni serba tak reti lah.
serba tak tau.
Jakun pun lagi advance kot.
Kata P Ramlee "Nang bo ti nang. tui bo ti tui"
Tak silap saya maksudnya"org tak serupa orang, hantu tak serupa hantu"
Betul ni, tak caya sudah.

13 comments:

Unknown said...

kihkihkih...

insan marhaen said...

lebih baik tak pandai online shopping kalau nak selamat poket...

yusofsipan said...

mmg rasa mcm tak pecaya.... hehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

heheheheheh tak sangka kita serupa lah. Sebenarnya boleh ambil tahu benda2 tuh, tapi saja nak bermanja dengan suami, biarlah dia saja yg urus keluar masuk duit (ATM) Ishhh..kalaulah dia 'pergi' dulu..memang parah lah saya..huhuhuhuu

Ibu n Abah said...

hahahaha..
cikgu dah puas mengajar..
dan cikgu dah tak kuasa nak belajar...
itu saja...
nanti bila cikgu rasa betul2 perlu.. baru cikgu nak ambil tahu... percayalah...

Nizam.Ariff said...

...walau pun begitu, akak dah berjaya hidup lebih separuh abab dan berjaya menjadi ticer lebih 30 tahun... ok la tu. maknanya, mengetahui semua benda itu menjadi perkara kedua, perkara pokok ialah berjaya dalam hidup...

Queenie said...

2x5 jer ngan saya.....
ngeeee..........

MulutPayau said...

hahhaha...saya pun macam tu jugak..

IMANSHAH said...

xpenting tu semua..huhu

che mid said...

Suka komen Insan Marhen.. che mid suka berlambat2 utk tahu benda baru..terdesak baru amek tau..

ieja amieja said...

selalunyer dah terhantuk br tengadah..dah kelam kabut dah x sempat dah..hehhe..sama laa kita..

aza ni said...

kak

nak cerita pasal gadget ni tak nampak hujungnya, ada je yang baru,,,hari katest, esoknya dah ada yang lagi terlatest..

Akak Kembang said...

lebih baik begitu kot ticer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...