Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 13, 2012

Berlumba dengan panas dan hujan.


Sekejap berlari angkat kain di jemuran. Sekejap jemur balik.
Sekejap hujan, sekejap mentari mengintai di balik mendung.
Tak buat kerja lain dah saya hari ni.
Cuaca seakan nak bergurau, main acah2 dengan saya.
Suka lah tu tengok saya mengah hulu hilir mengejar panas yg sedikit.
Bukan apa, saya bimbang kalau2 berlarian begini akan buat saya ter'kurus' nanti.
Jap, dah nak hujan, kena alih jemuran dulu.
Siaran tergendala sebentar ya...........

15 comments:

munna said...

kat temerloh hujan dari semalam tak berhenti kak...

eita said...

kat sini pun sama...disebabkan takut jadi terkurus....
sidai kat atas umah je..
tak larat nak main kejar2 dengan cuaca yang tak menentu..

Ros said...

kak hani...
kat shah alam awal tahun panas tapi minggu ni sama cuaca macam tempat kak hani...
masalah pun sama macam kak hani...
tapi ros tak lari-lari alih baju...
buat jalan pintas...
gantung je baju-baju tu kat railing tingkap dalam bilik.(baju suami- isteri je...anak2 di luar negeri dalam negara)

apa nak buat kak hani...
teruskanlah berlari...

Ibu n Abah said...

hehehehehe...
masa takda bibik dudulu permainan ini memang saya mainkan juga...
kadang tu.. waktu tinggal di Penang, dari rumah nampak cuaca sangat terang... sampai Jambatan Pulau Pinang... hujan turun mencurah... Hah! Nak meraung rasanya...

Panglima Muda said...

suruh je mesin tu keringkan

hani@debumelukut said...

munna, kita kat pantai timur ni macam ni lah kan..

hani@debumelukut said...

eita, tips yg boleh dipakai guna tu-sidai dalam rumah.

hani@debumelukut said...

ros, railing tingkap pun railing tingkap lah,janji tak yah berlari

hani@debumelukut said...

ibu dan abah, apa nak buat, bibik bercuti saya lah yg jadi tukang lari nya..

hani@debumelukut said...

Panglima Muda, best kan kalau ada mesin tu. best lagi kalau ada yg tolong belikann..hehehe

klcitizen cikgunormah said...

memang penat main lari2 cam gini. tapi nak buat camana kan :)

Kamariah Awang said...

Hujan dan panas macam dah tak bermusim sekarang ni...

IMANSHAH said...

alhamdulillah Ipoh tak kerap hujan

MULAN said...

dah tak tahan exercise tanpa rela, saya sidai baju dlm rumah, kat area belakang dapur je.. hehee..

a.samad jaafar said...

saya buatkan atap transferen di sisi rumah saya..masalah hujan selesai hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...