Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 17, 2012

Pepsi tu tersekat di korongkong..Zalim kah saya?

Baru saya tahu,
rupanya kesilapan2 yang kecik boleh membawa implikasi yg besar.
Mungkin ini kesilapan saya jugak.
Kesian budak penghantar pizza tu.
Dik,
Akak tak sengaja dik.
Tak terlintas pun akan jadi macam tu.
Tak berbaloi langsung jika di banding dengan harga sebotol Pepsi.
Akak tau adik tak sengaja,
itu pasal lah akak dah cuba panggil adik berkali2
Tapi adik tak dengar sebab dah pakai topi keledar.
Terus memecut pergi.
Kalau akak diamkan saja kan lebih baik.
Ini tidak, akak gatal tangan dan call semula.
Akak cuma nak maklumkn yg pepsi yg akak order bersama pizza tu tak ada.
Kalau boleh nak lah di hantar mcm yg dah di bayar,
lagi pun kedai tu dekat jer dgn rumah akak ni.
Small matter jer bagi akak.
Rupanya Big matter bagi pekerja penghantaran makanan segera macam adik ni.
Tak pasal2 headquarters talipon balik kat akak, memohon maaf.
Adik datang semula hantar pepsi, tq dan ok lah tu.
Yang tak ok nya,
akak dapat tahu yg adik terpaksa bayar kos makanan tambahan yg di hantar atas tanda kemaafan dari pihak kedai tersebut.
Haah?
dan gaji adik di potong rm70 atas kecuaian ini.
Haah?
Dan adik terpaksa di berhentikan.
Haah?
Laaaaaaa......Sumpah akak tak tau macam tu sekali hukuman bagi pekerja penghantaran makanan segera!
Hanya kerana sebotol Pepsi.
Hanya kerana akak tak pernah tau begitu caranya.
Ya Allah, sungguh saya tak tau!

18 comments:

Ibu n Abah said...

Cikgu...
KEJAMnya...
- tindakan pihak pengurusan menanggani hal ini...
memanglah kita akan terasa tercekik di kerongkong memikirkan 'adik' penghantar pepsi itu.

Ros said...

inilah slogan majikan...
"pelanggan diutamakan, apapun pelanggan betul.."

siapa pulak nak perjuangkan pekerja..
pekerja tu kan manusia, ada padanya sifat lupa,cuai senang kata ada kelemahan..

dalam kes ni...(bagaikan hakimlah pulak!)
kak hani di situasi yang betul...malah perasaan halus akak sudah cukup dinilaikan.
majikan tulah yang perlu muhasabah..kalau boleh pinda(perhalusi semula) segala peraturan dan tindakan yang perlu, yang lebih mesra, supaya pekeja bekerja dengan ikhlas dan enjoy.

didoakan adik tu dapat kerja yang lebih baik lagi...hikmah dari Allah selalu yang terbaik.

Mie said...

Kak tak salah pun, cuma majikannya yg zalim. Takkan takdw pertimbangan langsung, terus.. You are fired...

umiawadah said...

betul ke kak?takkan sampai macam tu sekali...tak patutlah..tak adil tu kedai dia buat macam tu...walaupun nak first class punya delivery...kedai pizza mana lah tu ye..kasihan budak tu,kalau saya pun tentu buat gitu juga,barang order tak sama dengan barang sampai..mesti call balik kedai tu..macam mana tu ye?

Effi Rahmat said...

huhu.. saya pon baru tahu.. takpelah... pasti ada hikmah yang besar untuk dia dan kita semua.. yelah.. mesti ramai tak tahu kan..

muhaini said...

Hani, my doter used to work here. mmg kesian delivery guys tu. kdg2 ada polis sekat & minta pizza yg dia org nak deliver, kalau x beri, nak saman. On top of that, dia org kena bayar kos pizza yg kena kidnap tu ... Now dia seboleh mungkin terima layanan kat fast foods seadanya sbb dia tahu betapa susahnya kerja mereka. Kalau ada komplen, dah la kena marah kat customer, kena marah kat boss lg lepas tu & kena tindakan disiplin...balik lewat selagi tak cuci semua items kat kedai. She finally quits sbb tak tahan & kesian kat staffs dia!

kucingorengemok said...

biar betul kak? boleh tolong buat rayuan bagi pihak dia...? kesiannya

aza ni said...

kak

akak tak bersalah...sebagai pengguna kita cuma tuntut hak..majikan dia yang zalim...

Akak Kembang said...

betul ke jadi camtu teacher?

secangkir madu merah said...

Betul ke macam itu kak? kesiannya budak tu.. tapi nak buat macam mana, bukan salah akak pun.. tak perlu rasa bersalah.. doakan saja agar budak itu akan dpt kerja yg lebih baik dari itu..

Nizam.Ariff said...

Kak...

Itulah realiti kerja swasta, terutamanya dalam industri berasaskan servis macam tu, yang direct kepada pelanggan.

Kalau back-end boleh dimaafkan lagi tapi kalau front-liner, memang kena bertanggungjawab macam tu sebab 1 pelanggan yang tak puas hati akan bercerita kepada 10 orang lain.

Kat kompeni aku dan rakan2 aku, bos-bos semua ada KPI (macam sektor awam) tapi kalau 2 tahun berturut-turut tak tercapai, terus dapat surat berhenti...


Kalau kompeni yang bertimbangrasa sedikit, dia akan pindahkan ke tempat lain supaya 'training' dulu.. tapi biasanya, shareholder atau board of directors tak bagi muka punya...

ye lah, dia dah bagi berjuta-juta untuk projek kita tapi benefits/ return tak seperti yg diharapkan, baik dia laburkan duit tu ke tempat lain... itu je kata dia org.

Ya, sebab itu duit mereka. Kita cuma uruskan projek-projek untuk keuntungan mereka... bila tak dapat untung yang dia nak, out-you-go...

Kak Nik Ja said...

waduh itu mcm ka?? dulu kan mokwo ode pizza, lepas tuh pizza mcm tak cukup cis..rasa mcm kena tipu ...mokwo komplen..terngaga2 budak anto pizza tuh ambil balik pizza n ganti dgn yg baru...lepas nih kalau mokwo ode pizza..pizza mokwo pasti memang rich dgn cis...alahai..komplen salah tak komplen pun salah kan..tapi dlm kes hani nih...org yg buat rules tu lerr salah...at least bagi lerr warning ajerr...cukup 3 kali baru terminate..everybody deserves a 2nd chance

alien pakai lipstick said...

salam,
saya silent reader disini Pn hani.spt kata KOG mungkin pn blh bantu dia dgn berjumpa management.cek itu first time dia buat silap ke?atau itu kali ke beberapa?if kali pertama mayb pn blh help?
if maybe bkn kali pertama...then maybe justified apa yg majikan dia lakukan..puan blh cek rasanya.bukan menyokong majikan.baca ni pun saya terus haaa kesiannya respon..tapi there are 2 sides to the coin..

alien pakai lipstick said...

saya silent reader pn hani.firstimekomen disini. my first response ishaaa kesiannya.betul kata KOG mungkin pn blh bantu.maybe check dgn management..itu first time dia terlupa or itu his umpteenth time...if first time sure you can help talk to management..but if not his first time then pn tidak le menyalahkan majikan semata2

eita said...

kesiannya ...takan sampai macam tu......

Anonymous said...

Mari kita sume boikot kedai pizza tu. Zalim.......

alien pakai lipstick said...

Pn hani.pagi ini saya order omellete tanpa turkey slices dapat dgn turkey slices.saya reorder.teringat hal pepsi ini saya offer utk bayar tukaran.staff itu kata takpe.malah tip separuh harga breakfast saya sunguh2 ditolaknnya.kedai itu ala2fastfod jugatapi bkn spt pizahut or mcd.so maybe cara management juga penting.

Anonymous said...

majikan yang zalim akan dipersoalkan di sana. rezeki budak tu insyaaAllah ada di tempat lain yang lebeh baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...