Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 12, 2012

Rujuk Doktor Pakar apa kalau macam ni?

Sakit saya sakit yang lain dari yang lain.
Sakit saya macam ni..
1. Sakit tumit.
Sakit nya datang kalau banyak guna tumit kesana kemari buat kerja rumah atau naik turun tangga kat sekolah.
Tapi jangan tak tau, kalau tawaf shopping Mall, lama mana pun tak per, eluk jer tumit tu.
2. Kebas jari
Kalau menggosok pakaian atau mencuci pinggan mangkuk, alamat tak leh tidur lah malam nanti, jari sakit macam di gigit2..
Tapi kalau duk depan laptop, jari menari di keyboard bukan main laju lagi...Tak kebas mana punnn.
3. Sakit kepala
Bila ada mesyuarat penting2 jer sakit kepala, bila tengok bil jer sakit kepala, bila ada hal2 dalam negeri perlu di timbang tara mula lah berdenyut2...
Tapi kalau mesyuarat AJK tingkap tak de masaalah, tengok citer korea sehari suntuk tak apa, bila timbang diri sendiri dan tau berat badan meninggkat tak pula berdenyut kepala, makin kuat makan ada lah.


Hai la Belalang....Mana nak cari ubat bagi penyakit pelik saya ni...?

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Sebenarnya Hani adalah doktor pakar kepada diri Hani sendiri kalau macam itu masalahnya. :)

Chik Att said...

keh keh keh ....

penyakit kita mcm sama jeee.....
dapat pakar bagitau yeee....

Ibu n Abah said...

cikgu...
rasanya ketua jabatan apapun tak dapat nak membantu cikgu jika simptom sakitnya begini...hehehehehe
pokoknya...
kita gembira dan bahagia melakukan perkara yang kita suka... :)
Penyakit ini ada pada semua orang...
even doktor tu sendiri...

Pia said...

"hahha...nujum pak belalang apa...atok belalang pun tak leh nak tolong ni kak...lain macam jer sakit dia tu,lebih teruk dari sakit2 yg sedia ada..."

Mie said...

Kronik ni cikgu. Doktor pakar pun boleh fenin dibuatnya...

munna said...

tak leh nak tlg ni kak...mmg pelik penyakit akak ni

Nizam.Ariff said...

Aku syak ubatnya ialah 2 orang bibik sebagai pembantu rumah...


sementara nak dapat bibik, kena pegi spa hari-hari untuk hilangkan kebas2 tu...

Amacam preskripsi aku?

Kakzakie Purvit said...

Cikgu kalau inilah gayanya sakit tu ada tapi bila ianya cikgu suka tak rasa sakit... nakal juga penyakit ini kan cikgu hihi....

eelobor said...

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana kesudian untuk sama2 mendoakan untuk adik Amir Safwan.

insan marhaen said...

agaknay sebab stress kerja kut. macam IM bila stress... sakit otot dada dan peha.

eita said...

kih3..
penyakit kita pun sama lah...selalu je macam ni...
susah nak dapat ubat ni..

Acik Erna said...

assalam hani.maaf tak dapat nak menolong..sakit tumit acik sampai sekarang tak baik2 lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...