Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 25, 2012

Dah disahkan tidak lulus lesen sira pisang!

Sira Pisang.
Apa yg pelik?
Yang pelik nya, setiap kali saya sira pisang, saya dapat periuk baru.
Cobaaaaaannn...
Betul, bukan cobaan.
Entah kenapa, bila letak aje periuk atas api, otak mula lah nak buat kerja itu ini.
Dah sedap2 gosok baju ke, lipat kain ke, bau hangit menjelma.
Rumah siapa lah masak sampai hangit nih.
Itu kata otak pelupa saya.
Laaaa.....Sira pisang saya dah jadi rentung. Periuk dah hitam...
Memang acap macam ni......
Apek, bak periuk cap buaya tembaga satu!
Tiga sekali pun tak per..

4 comments:

kakcik said...

Kena masak dalam periuk tanah pulak kot. :)

umi~wannza said...

Salam Kak Hani,

Jeliro sokmo entri kak hani. tak jemu saya membacanya...memang best!

Hangit pun hangit lah kak hani...hehe...
ku tetap tersenyum manis.

Dekat....di hati!!!

al-lavendari said...

lepas ni beli periuk yang ada 'timer' atau yang boleh berbunyi macam cerek.

insan_marhaen said...

IM tak suka makan sira pisang. pendekata.. apa-apa yang manis IM kurang gemar. yang masin....ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...