Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 10, 2012

Kuasa duit

Ni saya terbaca dari mana tah, tapi cuba renung...
Ada betulnya juga.
Kata orang duit tidak boleh membeli segala gala nya.
Betul.
Saya pun tau tu.
Tapi realiti nya semua orang pilih berduit dari tak berduit.
Kenapa?
Sebabnya mengikut sumber yang saya dapat ni,
Duit ni penting.
Misal nya bila di hinggapi penyakit kronik,
memang duit tak boleh nak buat apa dah.
Tapi sekurang kurang nya bila berduit,
Kita dapat rawatan di hospital yg canggih..
Selesa...ada privesi.
Misi2 pun senyum sokmo.
Sedara dapat melawat tak kira masa..
Boleh cuba ubat penahan sakit yg lebih berkesan,
Dapat perhatian dari doktor peribadi.
Dapat kepakaran dan keselesaan yg berganda2.
Sakit tu sakit jugak tapi much better atmosphere la kan.

Duit tidak boleh membeli tidor yg nyenyak tapi,
duit dapat beli katil dan tilam yg mengurangkan sakit belakang,
boleh beli bantal yg lembut dan berjenama.
Sekurang kurang nya tak lena pun tak lah di gigit pijat...

Duit tidak boleh beli kebahagiaan.
Betul!
Tapi kalau di beri pilihan antara
Miskin dan tak bahagia
dgn
Kaya tapi tak bahagia..
Awak nak pilih yg mana?


Eh, panjang pulak merapu saya hari ni.
ok ok, nak solat subuh dulu.
kena ingat, miskin pun mati, kaya pun mati..
Aduhhh...Saya miskin harta tapi kaya senyum.
Senyummmmmmmmmmmm.

4 comments:

MaWar said...

senyum sokmo...

sal said...

hidup sederhana..
tpi kaya dengan budi bahasa..
selamat bercuti yee..

eni osman said...

duit perlu..semua suka duit...tapi jgn terlampau mata duitan...hehe....biar sikit tapi berkat...:)

makcu B said...

Istilah bahagia tu berbeza antara seseorang dgn yang lain, tapi duit tetap sama.Dalam tak bahagia tapi duit sentisa sampai ke lutut sekurang-kurangnya boleh senyummmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...