Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 13, 2012

Amboi Amboi Amboi, berasap otak kalau ingatkan telatah dia.

Bukan apa, saya rasa nak tergelak tengok orang tu.
Tak baik gelak kan orang tapi hari ni saya nak gelak jugak.
Dah lama saya pendam, hari ni saya nak luah.
Saya selalu perhatikan dia dan kaji tutur bicara dia.
Dia ni punya lah sibuk, menteri pun tak sesibuk dia.
Kerja dia punya lah penting,
Semua kena dia yg buat, org lain semua tak pandai buat.
Agaknya bumi tak perputar di paksinya kalau dia tak suruh.
Kalau dia tu CEO, kira munasabah lah jugak.
Ini kuli gomen mcm saya lah jugak.
Kira sekapal lah dengan saya tapi dia kapal besar muat kontainer kot.
Saya ni kapal selam jer..sentiasa menyelam.
Cara hidup pun cewahhh...Ada kelas you!
Bergaul dengan orang2 atas awan.
Tak pernah ke pasar.
Tak pernah sentuh rumput la kira nya.
Pakai branded semua.
Kalau selisih mesti org pandang kali kedua.
Hebat dan mantappppp...!
Gaya mesti tak kalah punya.
Jalan pun macam Azis Satar selepas jumpa harta Ali Baba.
Tapi...
Sorang kawan pun tak pernah pergi ke rumah dia.
Tak pernah di ajak dan sering mengelak.
Naper ek? Ada pelihara rimau ke?
Yang saya tak gemar nya,
Dia ni kuat jual minyak urat lahh
Cakap tak pernah betul, berbelit belit.
Ular pun pucat kalau cakap dgn dia ni.
Saya nak tunggu dan lihat jer.
Sampai bila dia boleh hidup dalam hidup pura2 dia tu.
Penat tau kalau asyik nak menipu saja.
Saya tau lah penat sebab saya pun pernah menipu jugak sikit2..
Saya pernah cuba hampiri dia dan kalau boleh nak betulkan siaran yg tak betul tu.
Nak tolong dia bertapak di bumi nyata.
Tak pasal2 dapat undi tak percaya, dah kena tendang dari senarai kawan dah saya ni.
Padan muka saya lah, tak der koja, cari koja..
Kesian dia laaaa.......
Sungguh saya sayangkan persahabatan saya sebab saya tau dia seorang yg kesepian.
Dia ada kekurangan yg perlu di tutup dengan kepalsuan.
Awak tau, orang yg suka tarik perhatian ni adalah seorang yg terabai dan serba kekurangan sebenarnya.
Apa lagi yg boleh dia buat untuk ubati hati selain dari menipu diri sendiri?
Saya faham tu dan kerana itu lah saya tidak akan biarkan dia rebah sendiri.
Bayang nya tetap akan saya ekori..

4 comments:

makcu B said...

Rasa2nya bukan makcukan? sbb makcu setiap minggu heret bakul ke pasar. Boleh kongsi ke, pagi Ahad nanti?

Kunang-Kunang said...

Kesian orang macam nikan.

Kalau jatuh sakit dia.

Chik Att said...

Awak tau, orang yg suka tarik perhatian ni adalah seorang yg terabai dan serba kekurangan sebenarnya."


saya suka statement tu .....

Semoga Allah memberi kita sentiasa rasa sedar diri . Insya Allah

Alin Marlini said...

"Awak tau, orang yg suka tarik perhatian ni adalah seorang yg terabai dan serba kekurangan sebenarnya" Saya suka ayat ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...