Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 23, 2012

Sampah yg perlu ku buang

Ku paksa diri ku hirup duka lama setiap hari.
Memamah sengsara yang basi.
Kesihan nya aku pada diri ku.
Bodohnya aku..
Sebenarnya,
Tabir duka itu tidak perlu lagi.
Aku perlu selak dan gantikan dengan tabir baru.
Kumpul lah sisa kenangan luka,
Buangkan saja, 
sumbat dalam tong segala kuman dan kudis semalam.
Buat apa biarkan luka berbingkai di dinding
Untuk apa duri dendam di jadikan permaidani
Lucutkan rantai resah yang melilit leher dan melemaskan itu
Bakul sampah ku penuh hari ni.
Banyak yang perlu ku buang.
 Mesti di lupuskan 
Tak perlu kitar semula.
Semalam adalah sisa toksid yang meracun masa depan.
Aku tidak perlu berenang dalam sampah sarap sepanjang masa.
Mana tong sampah yg lebih besar?
Segalanya akan ku buang...
Mengumpul duka bukan kegemaran masa lapang.
Kenapa perlu yang hitam bila putih menenangkan ?
Kenapa perlu cari payah bila senang menghulurkan salam.
Hidup harus melangkah ke depan.

4 comments:

makcu B said...

Yang sudah tu.... sudahlah! Bingkaikan luka itu,kumpulkan lara itu,susun duri dendam satu persatu,putuskan rantai resah dan anyamkan sampah2 itu...... masukkan ke dalam car boot, bawa ke Tesco.... "sale". Biar orang lain pulak yang membeli tirai lama ini.

hani@debumelukut said...

TQ MakCu..Tuhan tahu yg terbaik buat saya..Syukur Alhamdullilah.

sal said...

MOGA Allah permudahkan urusan untuk melangkah ke depan..amiin..

Zaitun said...

InsyaAllah masa depan menjanjikan kebahagian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...