Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 20, 2012

Karangan bertajuk 'RUMAH SAYA'..360 perkataan ke lebih ni?

Saya masih tinggal di rumah pusaka ayah.
Rumah ini dah usang hampir menyembah bumi,
Komen yg biasa saya dengar ialah..
" Tak nak pindah duk rumah baru ke?"
Nak juga, bukan tak nak tapi belum sampai seru.
Kawan2 saya semua nya duk rumah sendiri.
Cantik rumah mereka, besar tersergam dan gaya terkini.
Tak apa lah, mereka lebih mampu dari saya.
Saya dah cukup bersyukur dah dengan rumah ni.

Rumah ni usia sebaya saya.
Dah tua tu, ada saja kerosakan yg perlu di baik pulih.
maintanance fee tinggi sungguh. Sebijik macam tuan rumah jugak lah.


Rumah saya rapat dengan rumah jiran2.
Pagar belakang dah jadi macam dinding, hasil dari pandai2 ubah suai sendiri.
Kiri kanan pun dah tak ada ruang, macam kotak mancis yg di sambung2.

Kalau bunyi bising kadang tu macam dari rumah kita,
walhal bunyi dari rumah jiran jer tu..
Yang paling best nya,
Jiran saya semua nya Bangsa asing yang x fasih bahasa melayu kita.
Jadi, kalau saya bising pot pet pot pet, sehari suntuk pun jiran tak faham.
Hehehe..Tu pasal lah kebebasan bersuara di amalkan di sini.
Tapi jiran saya baik2 semuanya walau tak sebangsa.
Saya sayang nak pindah dari daerah ini.
Tempat kerja depan rumah jer,
Supermarket dan Pasar Wakaf Che Yeh pun dekat.

Banyak lah alasan saya kannn....
Sebenarnya alasan yg paling best ialah....RUMAH FREE.
Kikkikkikkk...segan nak ngaku weh!

9 comments:

Marina Monroe said...

Salam,

Cantik sangat rumah tu, tak perlu pindah..
Alhamdulillah

Alin Marlini said...

hehehehehehe....bab free tu yg alin suka

Cikli said...

comel rumah

MulutPayau said...

Alasan yang akhir tu mmng BEST..hehehe..

sal said...

best duduk rumah org tua...cantik lagi tertarik...

Aku said...

luas tu... nostalgia lagik... sayang yang pindah kalau aku...

Zaitun said...

Lebih baik ada yang tinggal kat rumah tu kalau tidak nanti usang begitu saja.

Kamariah Awang said...

Hehehe... kebebasan bersuara tu yang syok tuu..!

Haslina said...

Na baru baca entry ni. Tak payah pindah la kak Hani. Sebab
1. Rumah dah cantik dan selesa
2. Rumah dah dekat dgn sekolah dan kawasan yg sewaktu dgnnya.
3. Area rumah kak Hani tinggi nilai kat pasaran.
4. Kalau rumah tu ditinggalkan, sayang rumah rosak nanti unless nak dijadikan homestay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...