Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 12, 2013

Makan angin di HUSM Kubang Kerian

Kecuali terpaksa.
Kalau dah terpaksa memang saya pergi lah.
Kalau sakit atau orang2 yg saya kenali sakit,
nak buat macam mana kena pergi jugak lah.
Tapi kalau untuk saja saja makan angin kat HUSM,Kubang Kerian memang no way!
Sebabnya :
1. Masalah masa- nak jumpa doktor punya lah lama menunggu.Kul 8 dah daftar, doktor pukul 10 baru ada..Tunggu lama tapi jumpa doktornya kejap sgt. Pas tu tunggu no untuk ambik ubat pulak..
2. Nak parking kereta punya lah payah, kalau ada pun jauh berbatu batu rasanya.Kalau parking ikut sedap, kena kunci tayar kang susah pulak. Tempat berbayar pun sesak.Please la, find a solution for this matter.
3. Orang pulak ramai, macam macam hal..Tambah sakit rasanya kalau berlama lama di sini.Kat unit kecemasan pun ramai jugak...yg tak berapa cemas pun dtg sini, itu pasal laaaa....

.Tapi payah macam mana pun, susah macam mana pun, kena mengadap hospital jugak. Hati saya terubat bila saya see the brighter side of this building. Contohnya...

1. Staffnya baik2 belaka, tak pernah jumpa lagi yg kurang sopan atau garang. Pernah ada staff yg bawakan saya novel untuk di baca sepanjang saya di wad( 2 bulan saya di wad waktu tu)
2. Peralatan canggih dan tempat menunggu boleh kata selesa jugak lah.Segala teknologi perubatan yg terkini lengkap. Kepakaran pun cukup. Bab ni memang saya angkat ibu jari.
3. Kemudahan banyak disediakan...Pelbagai gerai ada di sekitar, boleh jamu mata sambil menunggu.Kedai makan pun berlambak depan hospital ni..Cuma perlu hayun kaki lebih sikit.

Nak atau tak nak, kena terima hakikat yg kita tak dapat lari berurusan dengan Hospital.
Kalau banyak duit tak per, boleh cari hospital swasta yg mahal dan layanan 5 star.
Tapi saya ni kuli gomen jer, maka hanya Hospital Besar dan HUSM saja lah buat saya ni,
Tu pun nasib baik kuli gomen, dapat juga rawatan free. Alhamdullilah.
Kalau dah kaya penyakit, klinik2 swasta dah tak masuk dlm list, kena ke hospital jugak.
Hari ni saya baru balik dari bawa hubby appointment dgn dr pakar, esuk saya akan ke hospital lagi.
Hospital Hospital Hospital......Apa apa pun mujur ada Hospital,
Penyakit macam ni Nujum Pak Belalang pun surrender dah...

3 comments:

insan marhaen said...

Syukur saja dengan apa yang Allah kurnia. Masih bernasib baik kerana hospital masih terima kita atau kita masih mampu ke hospital.

Nizam.Ariff said...

kita masih kekurangan doktor...

Ros said...

ya kak hani...layan je kat hospital...
sakit yg lebih2 sikit tu klinil refer ke hospital jugak..

ros pun pernah duduk wad hospital kerajaan(buat pembedahan)..suami kerja gomen..rawatan free macam akak le..
memang ros pun puji..walaupun doktor tu cina tapi dia memahami kita yg menutup aurat...sangat puashati..

takpe le kat luar berserabut...kat dalam mesra dan puashati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...