Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 7, 2013

Sampai pencen dah saya tokey di bahagian ni....Tetap dan berpencen.

Musim kenduri sempena Maulud datang lagi
Berarak dari sekolah ke masjid sudah,
Makan makan sudah.
Dengar ceramah sudah,
Berselawat buat Nabi Junjungan pun sudah.
Kesimpulan nya hari ni...
Anak murid dapat makan sampai kenyang.
Cikgu2 pun kenyang.
Penat tapi seronok.
Rupanya dalam ramai ramai cikgu di sini, ada yg terror bab masak gulai kawah.
Sedap macam gulai Chef Pro.
Yang masak nasi pula tak kalah.
Berguni masak pun tak de masaalah.
Mereka happy lagi duk gelak2 gurau senda sesama cikgu.
Yang di tugaskan kat dlm dewan ceramah penat duk layan budak2 tu
Masing2 cikgu penat dengan tugasan mereka, tapi semua happy.
Pandai sungguh pentadbir bahagi tugas.
Setiap orang ada kepakaran dan bila agihan tugas kena dgn kepakaran masing2 kerja jadi seronok.
Walau kami cari makan di bawah bumbung yg sama, kami jarang dapat berkumpul seperti satu keluarga besar.
Kalau di hari2 biasa, kami masing2 sibuk dgn tugasan, kadang tu tak sempat bertegur sapa pun.
Bila ada majlis macam ni kat sekolah, hubungan antara kami makin erat.
Itu lah bak kata perpatah, berat sama di junjung..
Jangan tanya saya AJK bahagian mana sebabnya...
Saya ni tak ada kepakaran..Master of none.
Jadinya saya bagai daun kayu yg hanyut di sungai...
Meyusuri arus dan tak sekali2 menongkah.
Maaf, tak sempat ambik gambar pun..
Kan dah cakap, tugas bilang ekor beruang ni sibuk amat!
Ish ish ish....!!!!




2 comments:

Kak Mahh said...

Berapa ekor beruang?hihii

makcu B said...

Makcu sorang tak gumbira maklumlah air sirap untuk budak2 tidak mencukupi. Insyaallah, 2014 kita mandi air sirap. Eh, semut... semut...semut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...