Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 13, 2013

Taktik ni kadang2 tak menjadi

Saya kalau bab mengisi borang/paper work memang pemalas amat.Kalau ke bank atau kaunter2 perkhidmatan memang saya nak kan bantuan sebab MALAS nak guna otak sendiri.
Nasib baik sekarang saya dah tua.
Ramai yang bantu saya kalau saya buntu.
Saya hanya cakap..
"Maaf, makcik ni orang kampung tak sekolah, tak reti benda2 mcm ni, boleh tolong makcik tak?"
Saya akan akhiri dengan...
"Terima Kasih lah, kalau tidak kerana pertolongan ni, entah macam mana lah makcik nak uruskan benda ni".
Senang kan?
Merendah diri itu tak rugi.
Memancing simpati tu tak salah.
Tak salah kita mengaku tak pandai dan amat rugi kalau kita tunjuk pandai.
Low profile.
Cuma kena ingat, 
Kalau nak menyamar pun penampilan kena sesuai lah.
Jangan pulak bawak beg LV, jam tangan Gucci dan 'speaking London'
Pakai selipar dan as simple as can be baru sesuai dgn imej 'tak reti'
Tapi segan jugak bila timbul situasi yg tak di jangka.
Contohnya bila tiba2 ada orang sapa..
" Pn Hani apa khabar.baru balik dari luar negara ke...?"
Atau..
"Ticer tak ingat saya ke, Ticer kan ngajar saya dulu..." 
Lol..!
Nampak sangat saya ni malas nak isi borang sendiri.
Pangggg! Tertempek malu besar tapak tangan di dahi.
Padan muka.


12 comments:

Anonymous said...

Kalau disitu semuanya Pok Cik Mok Cik yg ada bagaimana....Dah pasti Mok Cik hok belakun la kena isi borang...he...he.

Granny Hani said...

Anonymous,
hehehe...Sabo jer laaa...

DrSam said...

Satu tip yang praktikal dan masuk akal...he..he..

Ros said...

ha..ha..ha..akak klau nak berlakon kena ke luar kawasan...

Granny Hani said...

DrSam,
tektik ni acap menjadi dari tak menjadi, tu saya selalu amalkan tu

Granny Hani said...

Ros,
yes, kena ikut saranan Ros ni..

Bapak said...

Bapak pun ingat nak buatlah taktik lain kali, buat muka naive2 sikit..heheh

Azian Elias said...

heee..baru betul tu yeee.. chop ticer tu dah tak leh lari..

insan marhaen said...

Low profile lebih senang dari sikap bodoh sombong.

Bak kata kawan IM... Saya orang kampong!

Granny Hani said...

Bapak, taktik yg tak merugikan ni,,

Granny Hani said...

Azian, kat mana saja akak pergi mesti ada bekas anak murid yg menyapa..alhamdullilah, mereka tak lupa kita.

Granny Hani said...

IM, betul sgt tu. tak hilang bisa ular yg menyusur akar..tak akan menjadi padi lalang yg tegak berdiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...