Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 10, 2013

Mula cara hidup baru

Perasaan bercampur aduk.
Suka dan tak suka
Siapa tak suka bila dapat balik rumah.
Tentu lah suka.
Tapi bila fikirkan saya balik bersama Ja yg perlukan penjagaan,
saya jadi risau.
Pandai ke saya jaga dia seperti Misi jaga?
Tau ke saya urus keperluan dia?
Macam mana dengan rawatan kesihatan kalau dia perlukan?
Yang doktor nya dia bukan saya.
Biasa nya dia yang ambil tahu pasal kesihatan saya.
Ni dah terbalik kot dah ni
Ada kawan kata,
jangan fikir byk sangat, take one day at a time.
Cakap senang laa...
Dari segi masa dan tenaga, insyaallah saya tak ada masaalah.
Masa saya dah saya peruntukkan untuk dia hampir keseluruhan nya.
Tenaga saya, walau pun saya dah tua, saya sentiasa doakan semoga Tuhan beri saya kekuatan.
Setakat ni bantuan/assistant untuk urus dia tak ada masaalah.bisa di urus.
Kewangan pun Alhamdullilah, pintu rezeki masih terbuka..
Itu yg saya kata, saya hanya takut untuk melangkah ke dunia baru, dunia saya dan Ja.
Takut tapi kalau di pikirkan seronok juga.
Sekarang saya tak perlu fikirkan soal kerjaya,soal social life saya, soal keduniaan yg lain nya.
Saya tenang bertemankan Ja dan kami akan lalui masa depan bersama sama.
Kalau Tuhan permudahkan yg payah, maka mudah lah
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik, kami berlapang dada.
Doakan kesejahteraan buat saya dan Ja yer.....Please.

10 comments:

Anonymous said...

Insyaallah, semoga Allah permudahkan kesemua urusan auntie dan pja. Auntie u can do it. U are pja's hero. Saya doakan yang baik2 utk keluarga auntie.

Anonymous said...

Harap Mummy dan Ja sejahtera.
Harap Ja cepat bangun.
Selamat berpuasa kepada Mummy dan Ja.

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kekuatan zahir batin buatmu dan Ja juga...

shilaahmad said...

saya rasa cikgu boleh buat walaupun saya tidak menghadapinya,
doa saya cikgu boleh..

I AM THE CHOSEN ONE said...

WoW...sy kagum dgn ketabahan ticer
Semoga ja cepat sembuh...

Anonymous said...

Assalamualaikum.... saya doakan anda dan Ja akan kembali seperti biasa. Anda kuat dan terus tabah untuk ini semua.

aG.

Anonymous said...

insyaAllah,

"You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left"-Anon
Ryaha

Anonymous said...

yes look at all that is beautiful. dont think of the difficulties. with lots of support from family and friends, direct and indirectly, mummy will be able to her best for her darling Ja in this blessed month.

Linda said...

Salam mummy,
Alhamdulillah akhirnya Ja dapat juga balik ke rumah. Harap2 bila di rumah tu Ja akan lebih selesa dengan tempat yang dia dah familiar.
Entah bila pulak saya boleh melawat. Duduk di negeri jiran je. :)
Sekarang Ja dah balik ke rumah, takut menyusahkan mummy sekeluarga je.
Selamat berpuasa mummy n family.
Saya sentiasa doakan kesejahteraan Ja dan mummy. InsyaAllah.

Ros said...

insyaAllah...semoga Allah mempermudahkan segala urusan kak hani sekeluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...