Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, July 13, 2013

Bagi pihak Pija, TQ buat mereka.

Wad 8 dah saya tinggalkan.
Hampir 3 minggu di sana.
kalau di beri pilihan di masa depan,
sekiranya kesakitan menggundang,
saya pilih wad ini.
Kagum dengan keramahan Jururawat bertugas.
Baik Sister, Staffnurse,AssNurse mau pun Cleaner.
Semuanya rajin dan sentiasa ada bila di perlukan.
Saya pernah dgr cerita orang lain pasal cara kerja Misi2 kat sini,
sekarang saya boleh sahkan...Thumbs up!
Mereka memahami keadaan saya dan cuba untuk memudahkan saya.

SN yang halus tutur bahasa tu kalau tanam bunga kena hati2 jgn luka kena duri lagi.
SN yang suka bercerita dgn saya tu, saya tabik dgn ketabahan anda menjaga anak istemewa.
SN yang kecik molek, cakap satil cikgu tu, saya suka cara kerja dia.
SN yang tinggi lampai, yg bersusah payah waktu saya nak balik tu saya ucapkan terima kasih.
SN yang byk ajar saya buat tu buat ni tu, maaf lah saya dan menantu saya suka usik awak.
SISTER, terima kasih atas pemberian air Zam Zam hari tu.
terima kasih juga kerana mengosongkan katil sebelah dan membenarkan saya menumpang tidur.
Doktor2 team medical juga byk memberi ketenangan minda kepada saya .TQ.
Puan Fisio (Kak Mah) selalu membuat saya rasa harapan masih ada.
Team Rehab yang hebat,
Team EnT yang sentiasa memberi nasihat.
Siapa lagi yer?
TQ Ketua jabatan2, Datuk2 dan Dr Rahman OnG atau Ayh Mae bagi Pija kerana selalu singgah.
TQ kawan2 Pija yg bergelar Doktor yg tak putus2 berikan saya kekuatan.
TQ Staff KKB kerana dtg berkenalan dengan saya.
TQ Hospital Besar Raja Perempuan Zainab 2
Tuhan saja lah yang membalas budi baik kamu semua.



4 comments:

insan marhaen said...

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

~insan marhaen~

Nieda ramly said...

assalam puan, saya baru ke sini dan telah membaca entry2 puan.

Tapi , saya tak berjumap entry yang menyatakan kenapa anak puan sakit sebegitu. atau saya yg terlepas pandang.

semoga ada harapan utk anak puan pulih sedia kala . in sya allah

Aina said...

Aunty..doa kami sentiasa bersama aunty..semoga pija cepat sembuh..insyaAllah she will!she is a fighter..kalau ade ape2 just give me a call k?

Anonymous said...

Salam Mummy. Saya kawan Pija. Hidup berubah selepas jatuh sakit. Tapi apa yang Pija alami ini lebih teruk berbanding saya. Saya pernah duduk di wad yang sama dan menerima rawatan dari doktor, nurse, fisio etc. Mereka semua memang baik dan terbaik!

Moga Mummy dan Pija kuat menghadapi cabaran ini. Banyak2 beristighfar dan berzikir jika suara-suara halus berbunyi jahat kedengaran. Itu jugalah apa yang saya lakukan untuk teruskan hidup ini.

Moga dapat jumpa Mummy dan Pija. Last time plan to visit her tapi saya tak sihat lagi waktu tue.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...