Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita terus menapak juga ke depan.
mengheret sisa nafas yg ada
tanpa kesal tanpa dendam
kerana kita insan terpilih
kita mampu mengusir gusar
dengan redha.
Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita kongsi retak hati nan beribu.
Kita lapah sakit itu bersama
Biar tangisan kita seirama,
sedu sedan milik kita selamanya
Bila yg tinggal kita berdua,
kita hitung semalam yg punah
kita kuburkan mimpi
kita berhenti mengejar pelangi
Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita tidak berdua,
Tidak,
kita tidak pernah hanya berdua,
Kita bertiga.
Tuhan bersama kita.
2 comments:
Betul tu auntie. Saya doakan auntie dan pija sentiasa dilindungi Allah. Sy doakan auntie dan keluarga diberi ganjaran yang besar di jannah nanti insyaallah.
akak tidak keseorangan..
akak dan ja tidak berdua..
ramai yang ada..
yang teramat dekat dengan akak berdua adalah Allah Yang Maha Berkuasa..
tiada pernah DIA lupa...
tiada pernah DIA menyeksa...
semuanya didatangkan dengan hikmah...
moga akak sekeluarga sentiasa dalam pandangan dan rahmat Allah SWT..
Post a Comment