Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 9, 2013

Kalau betul awak memahami

Jangan ajukan soalan itu buat saya.
Cukup!
Saya dah tak nak imbau segala kejadian yg pahit itu.
Kalau yer pun simpati atau kesian,
tak perlu duk paksa saya ulang tayang cerita sama.
Saya terluka setiap kali cuba atur kejadian ikut turutan.
Saya terpaksa gambarkan kembali segala yg sedang susah payah saya cuba delete dari minda.
Saya tak suka.
Saya tak suka
Saya tak suka
Saya hanya nak berkayuh ke depan.
Daratan berduri saya tinggalkan di belakang.
Tak perlu menoleh kerana udara semalam meracun fikiran.
Perhentian seterusnya walau samar tetap menjadi arah tujuan.
Ke depan..selangkah demi selangkah menapak ke depan.
Jangan paksa saya undur ke belakang.
Jangan mencari kesalahan, menilai tindakan semalam.
Jangan bersuara kalau hanya di mulakan dengan 'kenapa' 'mengapa' 
Jangan ajak saya menyesali Qada dan Qadha dari Tuhan.
Saya tidak pernah begitu.
Jangan.
Saya sudah tak mampu untuk memujuk hati setiap kali di ajukan soalan2 sebegini.
Bantulah saya,.
Cubalah bersama saya mencari redha .


3 comments:

mokja said...

Luluh hati saya satu ketika bila menangis didepan orang. kata dia...buat apa menangis.Saya lagi teruk dari cerita kamu.Itu belum cukup lagi bila ditanya kenapa ,mengapa ,bagaimana..awat tak lagu tu....
Adui...tak semua orang sensitif bila berdepan dgn keadaan yang sensitif.

Ros said...

assalammualaikum..
kak hani...
semua entri ros baca tapi tak semua dapat ros tinggalkan kata..berat mata membaca berat lagi bahu yg memikul..

hilang kata..
di ceruk hati ini dapat merasai betapa bebanan emosi dan kebolehan akak mengurus bebanan itu menjadikan tiada perkatan yg terbaik untuk ros catatakn di sini..

kak..
memang ada manusia yang perasaan, hati dan simpatinya jauh jatuh ke jurang gaung yang dalam...mereka ini tidak berperikemanusian...
ros yakin akak lebih kuat bila berhadapan dgn mereka ini..kak hani tabah!

kak..
Allah menenggelamkan bukan untuk melemaskan, ia untuk mensucikan dan menaikkan darjat seseorang....moga akak dan Ja mendapat rahmat Allah SWT...insyaAllah..




makcu B said...

Sudah makcu katakan: Jangan pandang belakang, jangan pula fikir terlalu ke depan. Lalui hari ini untuk jam ini dengan keupayaan yang ada, doa yang tidak pernah putus dan sedikit pasrah.

Makcu pun tak suka bila orang kata "kenapa beli baju warna ni, tidak warna tu?" sedangkan kita dah beli dan tak boleh ditukar lagi. Lepas tu dikata pulak "Hah, itu la....beli warna ni sangat, kan cepat kotor!" Tak payah tanya dan hentilah dari memberi komen kerana(Dah Tuhan kata jadi. Maka nak elak macam mana pun akan terjadi!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...