Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 3, 2013

Mengharap kehadiran Ramadhan membawa berkat

Ramadhan dah dekat. Mungkin ni lah bulan puasa yang paling suram buat kami.
Buat saya khas nya.
Tak ada apa apa persiapan untuk menyambut Ramadhan pun.
Untuk Aidilfitri pun tidak ada.
Tidak ada kemeriahan malah tidak teringin pun untuk memeriahkan nya.
Tidak ada apa lagi untuk di rayakan.
Bulan berganti bulan, saya hanya mengira hari.
Hari ni dah hari ke 46, esuk 47, lusa 48...
Kalau dia masih begini, maka saya pun akan terus begini.
Kalau dia masih di sini, saya pun akan setia temankan dia di sini.
Yang kat rumah tu dah sedia faham, kena pandai2lah hidup ikut keadaan.
Saya tak mau fikir pasal kemungkinan selain dari apa yg saya hadapi hari ini.
Biarlah Tuhan menentukan mcam mana nanti.
Ja hari ni tidor tak bangun2 mungkin sbb ubat anti sawan yg di beri malam tadi.
Tengok wajah tidor dia hati bagai diramas
Acap sungguh tanggisan tumpah bila tilik wajah tidor dia..
Mengharapkan dalam tidor dia bebas dari sakit..
Sabar lah anak, sakit ini sementara.
Mummy ada Ja, mummy tak tinggal ja pun.
Mummy sentiasa berdoa semoga
Syurga menanti mu wahai anak.. InsyaAllah.




Apa saja perancangan Tuhan untuk saya di bulan itu nanti dah redha.


8 comments:

D Yatie said...

semoga Ramadhan ini memberikan sinar baru buat akak..

Anonymous said...

Bila dengar lagu Ke Sana Denganmu nyanyian Adibah Noor, terus akan teringat perjuangan Ja dan Mummy sekarang ni.

Sabarlah Mummy, ramai orang yang sedang berdoa untuk Ja, termasuk saya yang Mummy dan Ja tak kenali.

makcu B said...

Lalui hari ini untuk hari ini. Masa depan biar orang di rumah rancangkan. Jangan beratkan kepala..... Ketentuan di tangan Tuhan. Doa jangan putus, redha itu harus!

sal said...

moga Allah sentiasa memberikan kekuatan pada hani..amin..

CS said...

Ya salam....ya salam...ya salam untuk Ja.

Haslina said...

Doa Na, Ibu dan Bapa tak putus2 utk Ja dan keluarga Kak Hani.. semoga our next visit will be at your home. In sha Allah..Tuhan itu Pengasih dan Penyayang..

SITI ZUBAIDAH YUSOH said...

Semoga Ramadhan yg berkat akan membawa sinar. Dengarlah/bacalah al quran, In Shaa Allah akan memberi ketenangan walaupun tidak mengheret sarat di hati.Pernahkah sepanjang hayatmu tiada langsung jalan penyelesaian untuk suatu masalah? Cerah itu tidak selalu ada, pasti mendung mendatang jua. Mendung itu tidak sentiasa ada, akhirnya ia akan pergi jua.

Anonymous said...

Ramadhan, the most blessed month truly will help mummy and Ja and the whole family to stay stronger. It is a battlefield and then the reward is triunph in syawwal. It is the best time to train our soul to be spiritually strong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...