Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 2, 2013

Mulut tak ada insyuran.

Bila dengar ulasan2 yg sebegitu.
Saya lupa yg saya ni seorang ibu 
Saya lupa yg saya perlu kuat.
Rasa nak saja masuk bawah katil hospital.
Nak teriak guling2 bawah katil tu.
Nak sepak terajang besi2 palang dan roda katil.
Nak mengamuk sakan seperti mengamuk nya seorang kanak2 yg dilarang beli aiskrim.
Mudahnya orang meruntuhkan tugu harapan saya.
Rupa rupanya begitu mudah jiwa saya robek.
Tak kukuh langsung.
Ja, kita terpaksa meneruskan juga perjalanan ini.
Destinasi kita kabur tapi kita tidak boleh berhenti sesuka hati.
Biarlah apa kata orang, Ja pulih atau tidak itu tidak penting bagi mummy.
Kita step forward,biar susah biar payah.
Ja tau tak, satu hari nanti kalau pun semua orang dah lupa siapa Saidatul Hafeeza.
kalau semua orang dah tak pandang Ja, mummy tetap bersama Ja selagi ada hayat.
kalau perlu dokong mummy dokong,
Kalau perlu kendong mummy kendong.
Kita tak apa apa,
Tuhan ada.





7 comments:

mokjadeandell said...

Bila mengunjung atau berhadapan dgn keadaan begini,seharusnya tetamu harus berhati hati dalam berkata kata atau perbuatan.jangan ditambah resah yang ada.
Agama kita pun ada menggariskan adab bila berhadapan keadaan begini.Hanya ramai yang buat tak tahu..

Kakcik said...

Sebagai ibu, saya faham...

che mid said...

Entah dari mana kekuatan itu datang.. nak mendokong dan mengendong..tak pa.. janji Ja ada..

Anis said...

KLong, just ignore all those -ve comments or remarks. InsyaAllah Ja's health will improve day by day. We just have to keep praying, Allah Maha Mendengar. Ramai yang masih & akan terus mendoakan yg terbaik buat Ja & KLong sekeluarga, insyaAllah..

Acik Erna said...

mummy ada untuk ja..dan ja akan berjuang untuk mummy..ikatan kasihsayang yang mendalam antara ibu dan anak

Anonymous said...

yes we go thru ups and downs. we try to be strong but being humans we are weak. even though we know we shouldn't be bothered by what others say, because what matters is only HIS JUDGEMENT but again we are humans. I go through it in my own struggle. I'm still affected by comments from those who have no knowledge. That's the beauty of reminders, we have good people around us who will remind us and help us stand up again.

Haslina said...

Sepatutnya visitors yg menjengah org sakit mesti bersikap positif.. This will affect the carer and also the patient. Na ada terbaca somewhere yg patients menyedut aura pelawat2 yg melawat mereka.. Kalau kita negative, patients pun akan affected.. Correct me if I am wrong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...