Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 2, 2013

Bukan senang jadi Misi tau!

Maaf Misi,
Saya orang tua baru nak belajar.
Otak pun tak menyerap ilmu dah
payah benar nak digest ilmu baru.
Misi cakap macam ni, saya buat macam tu.
Tak reti reti.
Maaf Misi,
Saya banyak soal.
agaknya kerana saya bekas cikgu.
Tak sah kalau tak tanya itu ini
Misi jangan serik ngajar saya.
Saya janji saya cuba
Maaf misi,
dah 30 tahun kerja saya mengajar.
baru sebulan dua ni saya nak jadi Misi.
dari kenal whiteboard dan marker,
saya sekarang belajar  'Bahasa Hospital'
Tapi setakat kenal saja belum pakar lagi.
mana lah boleh lawan skill Misi.
tabik spring buat Misi.
Maaf Misi,
Nama apa misi yg tadi tu?
tak apa lah, saya faham.
Dia mungkin tak pernah berada di tempat saya.
Saya tak ambik hati pun..
Kalau di tanya oleh orang2 tertentu pun,
saya cover line.
Tak mau lah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.
Misi,
Maafkan saya,
Nak tanya sikit lagi...
Misi tak penat ke ?
Saya tengok pesakit ramai, misi berapa orang jer..
tapi misi tetap senyum dan mesra.
Takper, Tuhan bagi ganjaran pahala buat keikhlasan Misi2 semua.
selagi saya di sini saya amat perlukan bimbingan dan bantuan Misi2 semua.
Bagi pihak Ja, saya ucapkan terima kasih atas keikhlasan Misi2 mengajar
dan berkongsi ilmu 'nursing' dengan saya.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga.
yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.




1 comment:

BungaTulip said...

Bila terbaca entri akak pasal misi ni teringat beberapa bulan lepas saya menjaga emak terlantar di hospital...di situ saya dapat lihat betapa berat tugas misi, setiap hari berdepan dgn pesakit.dengan senyuman yg tak lekang. ah..mungkin saya tidak mampu andai duduk d tempat mereka..buat akak, semoga terus tabah.. perancangan Allah itu cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...