Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 7, 2013

Tak perlu bunga rampai

Tak perlu Bunga Rampai

Bilik pengantin
Katil baru berkayu jati.
langsir rona kuning cair.
sejambak bunga di meja solek
hasil gubahan ku.
Cadar satin selimut gebu baldu
hiasan kamar peraduan
mempelai semalam.
Tadi
katil itu ku tukar ke katil besi.
Sejuk dan kaku.
Sakitnya jari yg tersepit
sewaktu memasang palang di kiri kanan.
tak siapa tahu jerit sakit hati di dalam.
Langsir ku tukar baru,
Tak lawa tapi bersih,
kerana mempelai ku ini,
sudah cukup sakit maka tak perlu aku
mengundang kuman2 baru bertandang.
Doa dari semua ku gantung memenuhi ruang.
Jambangan bunga lama ku buang jauh.
hati sudah terkulai layu
tak kan terubat dgn kuntuman bunga2 palsu itu.
Tidak ada haruman yg lebih menusuk jiwa dari
bau sakit yg akan ku bawa kemari.
Ubat dan peralatan memenuhi meja solek.
tanpa bersolek pun mempelai ini tetap cantik.
mempelai ini persis bidadari syurga..
putih bersih dan dekat dengan penciptanya.
Ahlan wasahlan wahai tuan punya bilik.
Pulanglah ke peraduan pengantin mu dulu.
Tidurlah si sini, Damai lah wahai belaian jiwa 
Tuhan merehatkan kamu seketika.
Tuhan beri kami masa untuk
terus menyayangi mu.
Ku tutup dulu pintu bilik ini sebelum kamu tiba.
Biar rahmat berkumpul penuh didalam nya.
Mata ku yg basah menjadikan pintu kaca ini
tidak telus cahaya.
Dari luar ku intai lagi ke dalam,
Hati ku pecah bertaburan.




5 comments:

Anonymous said...

Salam cg Hani,
Tabahlah duhai hati...
kha.

umi~wannza said...

Salam kak Hani, terharu sungguh membaca tiap entri tulisan dari hati. Kadang sebak ini membawa tangis. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg vmemikul. Redha dgn ujian Allah pasti ada hikmahnya.

Safia Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
makcu B said...

Pedih pilu, duka lara yang tidak tertanggung lagi. Hilang kata2...

Mamanour Nour said...

Assam kak, Maaf sbb lama x berhubung krn kesibukan...fb pun di tutup seketika ats sbb tertentu...sedih rasanya bila dpt tau musibah yg menimpa...siang tadi wkt berbicara fon ngan zah dia yg bg tau...tu yg call akak. Tp mungkin x sesuai masa....x berani Dah nak
Ganggu wkt tu...nour doakan agar segalanya berakhir dengan baik......hanya dia yg mengetahui segala rahsia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...