Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 24, 2014

zoo di mana2...

Beza manusia dgn haiwan.
Nak tau?
Haiwan ni, kalau yg ganas tu,ganas sangat sangat.
Tengok rimau singa masa memburu.
Tak kira dah, janji mangsa dlm genggaman.
Zalim sesuai dengan nama- binatang.
Bezanya manusia ni,
Ganas zalim macam mana pun, pandai sorok niat.
Pandai berpura pura.
Alim kucing
Hypokrit
Jahatnya simpan dlm kulit, dlm minda, dlm hati.
Janji orang nampak yg baik2 saja..
Haiwan memburu mangsa hanya bila lapar.
Manusia memburu mangsa tak kira masa.
Jadinya.........
Manusia atau haiwan yg lebih ganas?
Saya rasa lah, sejahat jahat manusia bukan lah
manusia yg semua orang tau dia jahat,
Tapi
Yang paling jahat ialah manusia yg semua orang duk puji dia baik sedangkan jahatnya disembunyikan di sebalik manis tuturkata dan baik budi bahasa.
Hanya mangsa nya yg tau siapa dia sebenarnya.
Cuba lihat di sekeliling kita...
Ada haiwan kah atau manusia kah......
Atau specis apa?
Kita?
Saya?
Saya ular sawa yg tak ada bisa, janji perut kenyang...........

2 comments:

razalicd said...

orang yg paling ialah yg menzalimi diri sendiri

Unknown said...

assalamualaikum

maaf ya, nak mencelah
haiwan meneruskan kehidupan menurut fitrah
seperti yang sudah ditetapkan Allah swt,

haiwan tak terfikir nak ubah fitrah
dulu, kini dan selamanya
tetaplah mereka dengan asal kejadiannya
jika ditakdirkan kelawar tidur tergantung,
maka bergantunganlah kelawar sampai kiamat
dah ditakdirkan rimau singa makan daging
maka tetaplah mereka memburu yang berdaging, takda memandai mandai nak jadi vegetarian,
dah ditakdirkan ikan hidup dalam air,
maka dalam airlah si ikan sampai kiamat
dah ditakdirkan salmon akan bertelur dan mati di hulu sungai,
maka salmon akan melakukannya tanpa protes walaupun itu bermakna ajal sudah tiba...

begitulah lebih kurang citra sang binatang
tiada soal ganas, soal kotor, soal hipokrit atau zalim
sebab haiwan hanya akur ketetapan Allah subhanawa taala

tapi manusia?
jantan nak jadi pondan
pompuan nak jadi lesbian
yang hitam nak putih
yang putih nak legam
kecik nak dibesarkan
pendek nak dipanjangkan
lagi teruk, buah dada dibuang
anu kejantanan dicantas, nak buat lubang
sakit berulat baru meraung tak ingat

itulah manusia,
jangan setakat berani mengaku baik
itu tak pelik
sebab ada yang tergamak
mengaku alim ulamak
lagi hebat ada yang mengaku nabi, rasul
dan Tuhan
begitulah hebat manusia akhir zaman
konon hidup dalam dunia tanpa sempadan
sampai tak tau beza bab hukum dan peraturan

...begitulah kisahnya...
beza antara manusia dan binatang

p/s
maaf ya teacher hani, komen terpanjang

wasalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...