Banjir bukan hanya limpahan air
Tapi banjir adalah limpahan duka
Banjir di daerah ku kali ini memaparkan realiti kehidupan.
Diwaktu susah begini lah kita rasa bertuah berada di bumi ini
Apa tidak nya, dengar khabar...
Di sini ada petugas/ doktor yg memberi khidmat 24 jam 7 hari seminggu
Baju tidak berganti dah 5 hari
Makan sambil berlari
Tidur berganti lelap yang sekejap sekejap.
Pahala lah buat mereka..
Pekerja sukarela berlumba lumba membantu
Rela tinggalkan nyaman empuk selesa istana
Meredah arus deras berbahaya dan
Meredakan tangisan mangsa
Bantuan emosi dan bantuan saikologi
Lagi dan lagi dan lagi
Di udara atau di darat, cubaan untuk hulur bantuan, berterusan,
Tidak ada yg tidak tersentuh dgn cerita bawaan air
Simpati bergunung.....
Paling tidak di negara ku ini,
Jiran saling membantu
Kawan2 bertanya khabar
Yang jauh cuba untuk ambil peduli
Yang dekat lebih lebih lagi..
Di waktu begini
Kita letak belakang fahaman dan idealogi
Agama dan bangsa berbeza pun derita masih serupa
Parti apa pun tujuan tetap sama
Membantu, meringankan derita
Negara ku malaysia masih makmur
Dan
Mewah kasih sayang.
Banjir begini
Tak payah lah kita cari silap orang
Menuding jari.
Tepuk dada tanya diri sendiri..
Kita ada ke bantu apa2?
Kalau setakat jadi keyboard warrior, saya pun lebih dari boleh!
Eh, terasa pulak la...
3 comments:
Walaupun akan memakan masa, semoga keadaan akan pulih segera...
Saya benci keyboard worrior....
Di saat begini kita bantulah serba sedikit takat yang mampu. Nak ikut sama dalam medan tempur kudrat tak mengizinkan. Muga mereka yg berjuang di sana dikurniakan ganjaran pahala yg tidak ternilai
Post a Comment