Marin saya pergi ngaji quran rumah mak.
Teringat zaman budak budak.
Gi ngaji quran rumah tok guru.
Musolla KakNik.
Seronok bukan main.
Aktiviti lain selain ngaji tu yg seronok.
Budak2 masa tu bukan tau hapa.
Ngaji dan nakal tak dpt dipisahkan.
Selain ngaji, usik kawan dan diusik kawan merupakan agenda berkembar.
Hari hari berkelahi, tambah2 dgn budak laki2..
Tak de kerja lain selain dari cari pasal.
Sorok selipar kawan la,
Potong Q tu biasa..sampai merajuk pun pernah.
Aktiviti Gellar ni wajib.
'Gellar' ni istilah org kelantan jer tau.
Tu kalau 'balloh' kat ngaji, balik nanti sekat tgah jalan.
Tu yg gedeber la, saya tak macam tu.
Betul, saya jurus, tok guru puji sokmo.
(Sapa nak angkat bakul kalau tidak diri sendiri kannnnnn)
Dekat tempat ngaji ada jual jajan dan air sirap ais.
Nak ngaji, sebelum tok guru turun ke musolla, beli jajn dulu.
Makan dulu bawah pohon tepi musolla.
Kadang2 ada budak laki suka usik usik.
Ada kawan2 suka main lawan mulut.
Kadang kami menang ,kadang budak2 lelaki tu yg menang.
Senjata saya kalau lawan budak lelaki hanya lah jelingan tajam.
Saya x suka diganggu, bila saja jeling budak2 tu berhenti usik saya.
Tu pasal saya x popular kat tempat ngaji.
Budak2 laki gelar saya ' budak dalam pagar'
Mungkin sbb saya memang hanya boleh keluar mengaji, kalau tidak saya terkurung dalam pagar sbb arwah ayah tak suka saya bergaul bebas.
Tak apa lah, gelaran sombong kekal hingga saya dewasa.
Yang kenal saya saja yg tau saya tak sombong.
Marin bila mak saya tegur sikit sebanyak kesilapan tajwid semasa saya ngaji,
Teringat kat tokguru lama saya.
Mak saya lembut tunjuk ajar nya sama mcm Kaknik.
Saya panggil tokguru lama dgn nama KakNik.
Di mana dia sekarang?
Masih hidup atau dah jadi arwah kah?
Saya terputus hubungan setelah dia pindah.
Saya sentiasa doakan dia sejahtera dan berterima kasih atas tunjuk ajar dia.
Kalau lah dia dah meninggal dunia, saya doakan roh nya ditempatkan
bersama roh orang2 yg beriman.
Di mana pula kawan2 geng ngaji saya?
Dah tua mcm saya lah mereka tu.
Semoga mereka bahagia bersama anak cucu.
Semoga mereka sentiasa ingat kenangan ngaji bersama.
Sampai bila bila.
No comments:
Post a Comment