Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 25, 2018

Ragam penjual online/ home delivery.

Saya suka sgt order secara online.
Terutama makanan.
Ada la group peniaga makanan secara online di kawasan saya ni.
Kira home delivery gitu.
Bayar cara COD.
Saya memang hobby cuba order macam2.
Macam2 ragam mereka ni.
Mengikut pengalaman saya berurusan dgn mereka, ada yg betul2 nak niaga, ada juga yg nak kaut untung saja.
Tak kurang juga yg sedap menjilat jari.
Ada yg sangat2 bagus cara berurusan dgn pelanggan.
Bagi yg termasuk dalam kelas A++  tahniah lah.
Semoga murah rezeki kalian.
Keep it up!
Saya akan order lagi dan lagi dan lagi.
Kepada yg termasuk dlm kelas kurengggg gitu,
Cuba lebih baik lain kali kalau nak teruskan niaga online.
Atau cari kerja lain saja lah.
Niaga online/home delivery ni kena ada ilmu jugak.
Bukan main hentam saja.
Maaf cakap, saya serik dgn mereka yg tak menepati janji.
Kata nak hantar pagi, ptg baru sampai.
Ada yg siap call, x leh hantar..kita punya la tunggu.
Ada yg dlm gambar udang besar jari, bila deliver, udang nak tgok pun kena pakai kanta pembesar.
Ada yg janji nak hantar ke rumah, tiba2 suruh kita collect di pam minyak berdekatan.
Dik, kalau akak rajin nak keluar, akan beli aje kat kedai yg berlambak depan tuh.
Tak payah order home delivery la dik.
Yang macam tu, serik la saya.
Kali pertama dan terakhir lah saya berurusan dgn mereka.
Yg thumbs up pun ramai, bagus sgt tata kerja mereka.
Siap wassup tanya ok ke tidak masakan mereka.
Deliver on time tak kira hujan ke panas ke jem ke..
Yang macam ni memang rasa nak order lagi.
Tambah2 kalau sedap pulak masakan nya.
Ok, lepas ni nak order dari siapa dan apa..?
Hmmm....

2 comments:

mokja said...

Kat sini pun COD dan delivery hingga depan pintu bagai cendawan lepas hujan. Tapi itulah.. ada yg ok,baik,tip top tapi ada yg tak ketahuan. Kalau ok kita terus lagi berurusan,yg tak ok,bye bye lah jawabnya tanpa kesian.

Granny Hani said...

Kannnnn mokjadeandell kannn....
First order tu kita testing kualiti dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...