Tertarik dgn bab hutang yg saya terbaca tadi.
Pernah berada dalam siatuasi seperti yg digambarkan.
Acap pun..cuma sekarang dah serik beri hutang.
Serik sangat sangat.
Betul kata orang.
Yang nak berhutang ni memang macam tu..
Mulut manis penuh janji..
Yang pelik tu bertahun tak ada khabar berita,
Masa nak berhutang tiba2 saja muncul.
Baik toksah cerita la, pandai bermuka muka.
Tak pernah nak pinjam lama, sekejap jer
Cukup bulan bayar atau pun paling best esuk nak bayar.
Kalau kita kata payah nak gi bank, dia akan tawarkan khidmat driver.
Tolong bawak gi bank lagi..
Kalau kita teragak agak pun dia pandai bodek biar jadi jugak.
Ok done, kita dah bagi dia hutang.
Maka dia pun lesap.
Call tak berjawap.
Wassup beku kaku
Kalau boleh di hubungi pun dia akan bagi sejuta alasan utk tidak bayar.
Kalu hubungi acap acap, kita pulak yg kena sembur.
Macam la kita menagih duit dia, macam lah kita pulak yg salah.
Kalau kawan, dia akan berubah menjadi lawan.
Kalau sedara, dia akan putuskan perhubungan.
Sudahnya duit ghaib begitu saja, hati kita membara.
Saya dgn senang hati cop org yg tak bayar hutang ni bukan manusia.
Kalau manusia dia tau menghargai orang yg bantu dia masa terdesak.
Kalau dia manusia dia bertimbang rasa, tau hutang perlu di bayar walau tak dituntut.
Lain lah kalau dia haiwan.
Layak la dia berperangai macam tu.
Sebenarnya, kita mintak sgt dia bayar hutang kerana kita kesian kan dia.
Mati nanti seksa kalau tak bayar hutang.
Dosa lain dah byk, kita tak nak la dia seksa kerana tak bayar hutang kita.
Kesian dia merangkak cari kita di akhirat nanti untuk kita menghalalkan hutang dia
Seksa nya dia.....kesian kan?
Saya rasa lah, berhutang bukan kerana terpaksa berhutang, tapi kerana sikap.
Suka menyusahkan orang lain asal settle masaalah diri sendiri.
Kalau dia betul2 menghormati kita dari awal dia tak mintak berhutang.
Dia tak rosakkan perhubungan semudah itu.
Orang yg berhutang ni bukan seorang kawan sebenarnya, dia hanya guna kebaikan kita ,guna hubungan rapat kita untuk diri dia.
Dia sanggup kehilangan kawan sbb dia tak heran pun, kita x ada makna pun buat dia.
Malah mungkin kerana dia rasa kita bodoh, ikut telunjuk dan mudah di pergunakan.
Itu lah kita di mata si pemiutang sedangkan di mata kita, kita bantu dia kerana dia kawan.
Kawan taik kucing!
No comments:
Post a Comment