Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 26, 2018

Jangan berlari di kaki pelangi.

Kerana yg berada dalam kamus sejarah diri adalah kenangan yg payah untuk dilupakan
Maka aku terus mencuba mengikis ingatan itu sedikit demi sedikit.
Tidak berkesan pun aku gagahi juga.
Aku tidak boleh selamanya bergantung pada kelmarin
Episod itu sudah tamat.
Gelak tawa bahasa hati bahasa mata sudah tak bererti.
Resah rajuk menjeruk sudah tidak bermakna.
Hati sudah tertutup rapat.
Suka atau duka atau luka
Simpan dalam benak...
Lurut dan lupuskan debar rasa.
Bahasa palsu itu terlalu menyakitkan.
Tidak mau berulang, jangan lah berulang.
Semanis mana pun mimpi ada penghujungnya.
Se ngeri mana pun mimpi ada penamatnya.
Bila tersedar, bukalah mata....
Kembali ke alam nyata.
Menelan pahit realiti semula.
Aku masih serupa.
Apa yang berlaku itu tidak mengubah siapa aku.
Rupanya tidak pernah ada permata.
Yang berkilau hanya kaca yg menyakitkan mata.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...