Bila terdengar lagu,
Kenangan bersama lagu tu bermain di mata.
Lagu ada sejarah tersendiri, peribadi.
Tipu lah kalau tak mengaku yg kita pernah meminati lagu tertentu
kerana ada kenangan bersama lagu tu.
Betul kan?
Tadi masa driving tiba2 berkumandang lagu ni.
My heart missed a beat.
Lamanya tak dgr lagu ni..
dan lamanya kenangan ini tidur dalam lipatan sejarah diri.
Tiba2 lagu itu telah mengheret bersama cerita lama untuk muncul semula.
Biarpun hanya muncul di fikiran tapi luka itu tetap serupa.
Baru saya tau yang luka itu tidak pernah sembuh.
Masih terasa pedih nya, masih mampu mengundang tangis.
Sambil memandu airmata mengaburkan pandangan.
Cepat2 saya telan gumpalan rasa yg menyumbat kerongkong.
Cuba lupakan, cuba buat tak dengar lagu tu...
Lagu dah habis.
Celoteh DJ dah tak penting.
Tutup saja radio.
Fokus memandu.
Balik rumah sibuk2kan diri
Tidur sekejap.
Bangun, mandi,solat dan makan.
Tapi hati masih mengulang tayang memori basi.
Sudah2 la wahai hati...
Tak pasal2 luka lama berdarah kembali.
Rasa nak saman jer stesyen radio tu..
Pandai2 awak mainkan lagu berhantu.
Kan dah rosak hari ku.
No comments:
Post a Comment