Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 17, 2018

Takziah yg terlambat.

Aku melintasi daerah bayangan Chah.
Dalam seribu sibuk pun aku gagahi jua
walau sebenarnya hati ragu ragu
Mampulah aku memandang ke dalam mata Ana?
Menadah duka mu itu mudah tapi
Menyembunyikan duka ku itu payah.
Kerana sebenarnya kita telah menganyam hiba yg serupa
Kita sama2 mengukir banyak kenangan untuk bekalan rindu yg bakal menjelang.
Rindu mu telah hadir dan di dada ku turut terasa cengkaman nya.
Aku masih lagi mengukir, Ana.
 Walau terketar ketar bila terdengar
 berita ukiran mu sudah tamat.
Ana, waktu terhenti dan bayu pun mati ketika
bahasa duka mu terpapar.
Ku ulang baca dan sekali sekala aku melirik kearah bidadari ku itu
Bila sampai waktu ku berada di fasa begitu,
sekuat kamu kah aku?
Setabah kamu kah?
Seredha kamu kah?
Ana, kering darah dalam urat nadi ku bila persoalan begitu laju mengalir.
Ketakutan menggigit hati ku.
Sangat takut.
Tapi siapa lah kita yg lemah ini kan Ana?
Allah hu...
Allah hu
Allah hu Akhbar!
Aku berserah pada segala perancangan Mu.
Tadi,
Aku melintasi daerah bayangan mu Chah,
Masih berkeliaran bayangan mu di segenap bucu.
Bangku itu ada kamu tersimpuh di atas nya..
Pintu itu ada kamu tersenyum di balik nya.
Meskipun salam ku tidak berjawap,
Aku puas dapat merasai semangat mu di situ.
Selamat tinggal Chah, tenang lah kamu di tempat yg jauh lebih nyaman lagi
Berbahagialah bersama Dia Pencipta mu.
Hanya doa yg mampu kami hulurkan.
Aku melintasi daerah bayangan mu Chah.
Aku mencari cari Ana...
Seorang isteri, ibu,kawan, wanita yg tabah
Salam takziah dari ku.
Ana insan bertuah kerana sudah ada yang menanti mu di syurga.
Sudah ada yang akan memimpin mu ke sana insyaAllah.
Senyun lah Ana,
Biarpun hati masih berduka
Biarpun hanya di bibir sahaja..



1 comment:

Hans Hanis said...

salam takziah buat yang berkenaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...