Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 10, 2018

Jom berkebun

Orang berkebun, saya pun nak berkebun.
Orang tanam sayur, saya pun nak tanam sayur.
Kawasan tak ada tapi nak juga cuba tanam.
Maka ni la kejadian nya.....
 Pokok kacang botol tanam dlm pasu, letak tepi pagar nanti memanjat la kamu sendiri di jeriji pagar tu.
 Pelbagai benih yg dibeli online yg akan membesar dalam polybeg.
 Cuba nak buat nutripot utk tanam sawi, saderi dan kucai, silap beli sabut pulak. Esuk nak gi beli cocopeat.
Tak leh jemur pakaian dah laaa....
Kacang panjang dah nak memanjat, labu air pun nak menjalar. 
Dah tak ada benda lain utk di jadikan sokongan, maka nasib la penyidai pakaian ni jadi mangsa.

Bawak bertenang semua rakyat jelata, sayur2 ni hayatnya pendek jer, Lepas ni tak serabut dgn pokok sayur saya dah la. Paling lama 3-4 bulan saja.
Jadinya, awak rasa lah....,
Kalau berhasil nanti sayur saya nanti, tak laku ke sayur kat pasar?
Kesian makcik2 jual sayur kannnn.
Nanti kalau saya ke pasar bukan untuk beli sayur tau.
Entah2 jual sayur.
Hadoiii...Mat jenin pun kalah bab berangan nih.
Berangan habis!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...