Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 4, 2018

Welcome to the YB club.

Opsssssss!
Terlepas pandang.Sorry.
Biarpun terlewat, saya nak juga bagi ucapan buat dia.
SELAMAT BERSARA.
Selamat naik pangkat 'boss' untuk diri sendiri
Selamat bebas dari mesyuarat dan kertas kerja.
Selamat tidor semula selepas subuh dan
bangun hanya bila rasa nak bangun.
Selamat letak tepi semua baju2 kerja
Selamat bungkus semua kasut2 juga.
Selamat merenung dinding rumah dan fikir nak buat apa hari ni
Selamat renung kereta yang sikit hari lagi akan mengumpul debu
Selamat menjadikan hobby sebagai perkara mesti.
Dan selamat menjadikan perkara mesti dulu, jadi tak wajib lagi.
Selamat menanbah amalan dan pahala
Mungkin sekarang 5 waktu ke masjid dah tidak tergendala.
Selamat berbelanja dan pergi bercuti sana sini,
Duit ganjaran dah dapat, apa lagi yg di nanti.
Semoga selamat segalanya buat sahabat saya ini.
Semoga bermulanya saat dia dipencenkan,
Dia lebih bahagia disamping keluarga
Dan sentiasa sihat dan aman.
Selamat bersara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...