Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 22, 2009

Bertuah nya aku

Yang di mamah usia adalah aku,
Yang menjelikkan adalah aku,
Yang tidak ada potongan adalah aku,
Yang tidak dapat dibanggakan adalah aku

Yang tidak tahu berbudi adalah aku
Yang tidak mengenang budi adalah aku,
Yang keras kepala adalah aku
Yang derhaka adalah aku,

Yang menyusahkan hidup adalah aku
Yang tidak membahagiakan adalah aku
Yang menerima caci maki adalah aku
Yang disaluti benci adalah aku

Yang bersalah adalah aku
Yang berdosa adalah aku
Yang terhukum adalah aku
Yang menerima padahnya adalah aku

Aku lah punca segala nya
Yang betul hanya lah kamu...

5 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

BUKAN..
ITU BUKAN KAMU

madam gold said...

Cuba tukar adalah aku tu pada adalah kamu and say it outloud.Then you ll feel better.
Cheer up!

TH Yeoh said...

Lebih baik kita mengaku kelemahan diri daripada kelebihan kerana orang lain akan iri hati. Sikap cikgu amat positif walaupun yang disuarakan dalam sajak itu negatif.

cikgu mas said...

Dear sis,,,,

saya memahami sajak itu pada sindiran yang sangat tajam,dirimu melontar rasa hati disebalik pandangan yg sangat simbolik sebenarnya,Di sebalik..aku,aku,aku dan terus aku ada engkau yang buta hatinya,...engkau yang papa jiwanya ..engkau yang derhaka pada janjinya...

wake up kak,...if u need shoulder to cry on..ramai lagi ada didunia ni...

hani@debumelukut said...

TQ sis, Kawan ketawa memang ramai..Tapi kawan menangis ni memang payah..lagi pun bahu yang memikul itu lah, yang merasai sarat beban di bahu..Doakan semoka akak tabah menghadapi segalanya k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...