Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Wednesday, May 6, 2009
Selipar Jepun vs Kasut Tumit Tinggi
Selipar Jepun ini fesyen nya tidak berubah,
Masih bertali dua dari getah terbuang.
Berbeza sekali....
Kasut tumit tinggi gaya terkini,
Dari kulit asli luar negeri,
Cantik dan mewah.
Aku berdiri di lemari sepatu
Memerhatikan kaum mu tersusun rapi
Kemas dan terjaga.
Ku pilih warna dan jenama untuk
ku sarung ke tempat kerja,
sesuai dengan acara,
kena dengan busana.
Sedangkan...
Selipar getah ku
Basah bermandikan hujan di balkoni
Kadang berjemur panas seharian
di luar pintu belakang
atau di bawah kerusi kereta
tenggelam bersama sampah lama
Tidak perlu di hiraukan
Pencuri tidak mau pandang,
Tikus tidak sudi membuat sarang.
Selipar itu berbakti hanya bila
kasut kulit bertumit tinggi,
dan berjenama Italy,
mula menggigit kaki.
Bila lenguh bertumit tinggi runcing,
Kaki merayu untuk dilepaskan.
Tidak sabar untuk pulang menyapa
selipar getah yang setia .
Sebelah letak nya di tangga,
sebelah lagi sudah di campak bibik
sewaktu menghalau kucing liar..
dan semalam di gilis tayar kereta suami
pun selipar tetap utuh, tidak apa apa
Wah....Lega sekali kaki bebas bernafas
bergerak bebas di luar penjara kasut yang mewah.
Aduh....Nikmatnya berselipar getah,
lebih selesa begini....
Harga selipar getah ini,
Paling paling RM10 sahaja
Kenapa aku sanggup membayar
30 kali ganda untuk rimas dan lengguh,
Bukan sepasang dua tapi segala jenama kasut
sedangkan selipar getah ku perlukan
hanya satu.
Sebagai penawar sakit
yang dihadiahkan oleh sepasang kasut kulit yang baru.
Hina sungguh sepasang selipar getah....
Di cari hanya bila diperlukan.
Sedihnya menjadi selipar getah
Sedihnya menjadi selipar getah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cantiknyer kasut2 tu...hehehe
Post a Comment