Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 30, 2009

Mama Anum pasti mampu..

Semalam di wad ICU hati ku tersentuh
Abik terlantar bertemankan mesin hayat
berbekalkan ikhtiar dan doa
Abik anak yang kuat
Pasti mampu pulih
Dengan izin Dia.....
Terbayang Anum yang membilang hari
mengayam mimpi bersulam hati berbunga
Mengharapkan saat bahagia tanpa cela
menanti harum restu ibunda

Bukan Abik yang meruntun hati ku
InsyaAllah Anum pun tidak akan apa apa
Kerana yang lebih parah adalah kamu
Kakak ku Mastura,
Semalam ku lihat tawarnya senyuman mu
takkala kau menyapa hadir ku di situ
Bawalah kemari sedikit dari resah mu itu
Aku di sini masih mampu menggalas duka mu
Kita kongsi saja beratnya bimbang risau seorang ibu
kerana aku juga seperti mu,
seringkali berdepan dugaan yang hebat..
Walau payah aku tetap melangkah
Ini kan kamu yang jauh lebih gagah dari ku
Jangan kerana ujian ini kamu rebah,
Kami di sini sentiasa berada di sisimu
Berdoa bagi pihak mu
Bagi pihak anak anak mu.
Segala galanya kan baik baik belaka
Ingat,
Tuhan sentiasa ada untuk kita.
Tabah lah kakak ku Mastura,
Sabar lah abang ku Rafar,
Kita lalui segalanya
bersama.
( Kakak ku ini menerima berita kemalangan anak lelaki tunggalnya sewaktu sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anak perempuan nya Anum..Kita merancang tapi Tuhan menentukan. )

2 comments:

sukrinah said...

Sama-samalah kita berdoa agar Abik cepat sembuh. Untuk Mama & Papa Abik seta sekeluarga bersabarlah kerana setiap dugaan dan ujian Allah itu ada hikmatnya.

Anonymous said...

Im so proud to have someone like you to be part of my family.The love of a family is life's greatest blessing.

Rasulullah bersabda
"Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan,maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"
hadis riwayat Bukhari & Muslim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...