Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Thanks to all my friends for the Teachers Day wish and making me proud to be one of them...Guru bukan lagi lilin yang membakar diri tapi pelita yang menghalau kelam, lampu yang menerangi suram

Kepada semua rakan seperjuangan, teruskan mencurah bakti kepada anak2 bangsa tercinta..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah
pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di
mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN
AWANG
1979

1 comment:

Tok Ngah said...

That was a great poem. Selamat Hari Guru Cikgu Hanim, arwah ayahanda Cikgu Mat, sisters Cikgu Maimun & Cikgu Hafilah, my daughter, Cikgu Hafiza and new found friend, Cikgu Ani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...