Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, July 17, 2009
ANONYMOUS
Anonymous?
Ada ke orang bernama begini...?
Rasa nak kenal sangat orang orang yang bersembunyi di sebalik nama ni..
Kenapa perlu berselindung di balik nama.
Mana tahu ada berkat bila perkenalkan diri.
Siapa sangka ada hikmah yang menanti
Ku susun jari sepuluh,
Jika telah sudi hinggap mencemar duli di laman ini
Sudi jugak lah mencalitkan seindah nama pemberian ayah bonda,
agar kita lebih kenal InsyaAllah.
Sekiranya kita sudah pun mengenali
sekurang kurangnya boleh lah kira nya
dikalungkan ucapan terima kasih yang tak terhingga
secara lebih sempurna..
Bukan kah yang jauh kita dekatkan
Yang dekat kita mesrakan
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa..
SALAM DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
halus sungguh bhs teja ni. pdpt sy org yg menyembunyikan diri ni adalah org yg kita kenal. sebb tu dia tak mahu dikenal. agaknyalah. sy ingat nak susun bhs mcm teja, tp tak mampu. sy bkn penyajak.
Yang Nyata, Yang Samar2, Yang Ghaib ..... all are life components ...
Salam pirzan, tq for not using 'anonymous'..
tok ngah,
Tok ngah jugak la yg tak perlu sembunyi di balik nama kan...tq for visiting.
kita tdk saling mengenali...
kalau tak pun 'beginner' lah..taip je reti. terus tekan post so automatic jadi anynomous (sangka baik)huhuhu...
kak...orang yang'tanpa nama' telah membuatkan saya fobia kerana pernah diserang oleh sesorang seperti itu... memang agak kurang selesa...
elyne, bersangka baik tu di tuntut oleh agama.
mmg la shahliza, akak pun dah kena. itu berhati2 di jalan raya nih
positive thinking eh!
Hai...testing
kalau kita dlm gundah gulana,yg baik dsangka buruk,kawan dsangka lwn..hati sentiasa tak keruan.
nama penuh skali pun kne taruk eh..x bhye ke..
:)
apa ada pada nama...
Post a Comment