Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 11, 2010

Bbik ku mabuk semabuk mabuk nya

Ni yang buat saya malas nak ajak dia kemana mana.
Dia jugak siang2 tak nak pergi pun.
Kalau sebut saja nak ke Cameron Highland,
Bibik saya macam mau sembah saya, mintak dikecualikan dari kesana.
Saya pun tau dan memang sah tak bawak dia kesana lagi.
Bibik saya ni mabuk 'travel/motion sickness'.
Bukan setakat pening lalat..
Maunya seharian muntah2 dan jelepek cam kain buruk.
Segala jenis ubat mabuk dah saya berikan.
Segala mak nenek petua dah saya suruh dia amalkan.
Tak menjadi pun-mabuk jugak.
Hari tu masa dia nak balik bercuti ke Indon saya bekalkan sepapan ubat mabuk.
Habis di telan nyer..Nasib baik tak padam terus!
Hari ni kerana tak dapat dielakkan.
Saya terpaksa juga bawa dia ke Ampang.
Pagi tadi sewaktu saya umumkan begitu, dia kelihatan tak gembira.
Dia tidak ada pilihan,tak suka pun kena juga.
Saya pun tak de pilihan, dah terpaksa.
Semasa isi beg dalam bonet kereta tadi dia dah muntah..
Masa bukak pagar tu dia muntah lagi..
Tu belum masuk dalam kereta lagi tu, baru intro..
Sepanjang perjalanan tu tak perlu saya ceritalah.
Mabuk peringkat 'hard core'
Hmmm...Ada jugak orang boleh mabuk sampai gitu sekali yer.

6 comments:

myQza said...

ha ha ha ha

gila punya mabuk ni
saya mabuk masa zaman kanak2 jek

tapi kalau g camerron pun sure pening lalat

Acik Erna said...

salam hani..memang ada..arwah mak mertua akak macam tu la..kalau sekali datang rumah anak..demamnya seminggu.tu yang dia tak mau..kalau nak bawak juga..dia sanggup naik motor..naik motor tak mabuk pulak dia..cuma sakit badan kalau jauh..
akak dulu pun mabuk juga..macam2 petua..makan buah kana lah..pegang dan cium limau kasturui lah..selain makan ubat mabok..

Anonymous said...

Mabuk kepayang lagi berat, mabuk gadung pun spisis yang sama. Mabuk nak lekat perut ada jugak. Sampai nak terputus tali perut. Tak biasa ke? -makcu-

wanisan said...

Ning
this is a very easy problem to solve. Ask your bibik to drive yr car! Have u seen a driver mabuk? Tak pernah kan! 

Anonymous said...

depa org indon tu mmg drp kampung2 yg susah dan juga jarang naik mobil, so tak heran ler kalau dah mcm tu....bukan depa nak buat2 atau sengaja tu, bezakan org2 yg biasa hidup susah kalau nak bandingkan dgn org2 yg hidup senang....dlm makna nya tu hehehehehe... fr stone

Granny Hani said...

siTedi n kakerna,
kata org mabuk ni semulajadi..dah mmg stail mabuk la tu kann.
Anonymous,
Mgg la kesian tgok dia mabuk tapi kadang tu nak tergelak jugak..
AyhJi,
if she were to drive, i bet the roads will be a deserted place...habis org avoid her kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...