Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 9, 2010

Think positive

1. Nak kuruskan badan tak berjaya.
Tak per, gemuk pun tak per..Tua tua ni kalau kurus nanti berkedut kedut kulit saya ni. Mungkin juga kalau tiba2 kurus orang andaikan saya ada masaalah besar.Lagi pun gemuk camni ada gaya 'Mak Datin' laaa...
2.Nak kurangkan makan satu masaalah.
Tak per...Kira rahmat la ni. Bersyukur ada selera yang baik. Makanan pun tak membazir. Nanti kalau dah sakit, itu lak boleh makan ,ini tak boleh makan. Jadi makan lah sementara boleh ni.
3. Nak lebihkan senaman tapi malas.
Tak per..Sambil buat keje rumah tu kira senaman lah. Gerak jari kat keyboard, senaman jari.Gerak kaki melangkah ke peti ais kira senaman kaki..Makan senaman mulut..ok apa?
4. Nak pakai baju2 lama tapi tak muat dah..
Tak per...Ini lah time nak menderma..Buat kebajikan. Baju lama disedekahkan saja dan dapat pakai baju baru pulak, saiz pun baru...
5.Nak tangkap gambar pun susah, kena sorok lemak berlebihan.
Tak per..Teknologi boleh atasi tu semua...Crop aje mana yg tak patut.
6 Nak test market pun mustahil dah..
Haah ? Test market? Oit, silap tajuk nih.
Think positive lah wahai diri ku yang keluh kesah..
Terima lah saya seadanya wahai diri yg lain nya..
( Photo saya yang terkini, tergemuk setakat ini......Heheheeeee...Tak per, Tak perrr)

2 comments:

myQza said...

hik hik hik

pk positif gak

Mak Su said...

kita selalunya think positive, partner kita pula terima kita dgn hati yang postif, tapi malangnya orang lain selalu tak positif... bila tengok ... saya ler yng empunya masalah ni, orang lain kecoh, gemuklah, tak cantiklah, tak uptodatelah, tak leh marketing lagi dahlah..... sedikit sebanyak, thinking positif dah jadi tercacat cela juga :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...