Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 28, 2011

Sumber dari kedai kopi Pak Semail.

Mungkinkah gaji di naikkan?
Bonus lagi.
Usia persaraan di panjangkan?
Banyak nya berita yg mengundang senyuman.
Tau,
Kata orang tak lama lagi nak mengundi.
Sudah mekar bunga2 janji dan harum nya sudah sampai ke sini.
Ku harap lebat jugalah buah nya nanti.
Jangan gugur bertaburan berputik tapi tak menjadi.
Tauke ayam di pasar siang2 dah cakap harga ayam naik lagi.
Itu belum naik gaji lagi tu..Baru ura2 nak naik gaji.
Gula? Minyak? Semua naik..
Apa yang turun?
Tentu lah mereka yang masuk calon turun mengenali pengundi.
Perkenalan semusim yg pendek.
Esuk2 nak berjumpa pun sikit punya payah,
macam Ali Baba nak masuk gua,
segala macam ayat dan cable di guna,
pun belum tentu dia ada masa untuk kita.
Dah resam dunia begitu kann..
Masa perlukan kita saja kita di hargai..
Sokonggggggg!
Saya sokong diri sendiri.

19 comments:

che mid said...

Yess!! Saya sokong Hani jadi calon!!

Panglima Muda said...

semuanya naik dik oii

Acik Erna said...

angin yang bertiup membawa khabar yang samar2..

cikguden said...

peniaga lagi untung. awal2 dah naikkan harga barang. tak patut.

Huda said...

bila gj gomen naik, harga brg pun naik ye kak..itu pandangan hudala..tp kan bab usia sara lambat tu x patutla..psal org bawah ni beriye keje..org yg pegang jawatan boss kat atas tu duk lenggang kangkung gaji tetap masuk every mo,umur dh 70 :P x patut kan..

MulutPayau said...

seronoknya kalau gaji naik..saya sokongggggg....!!!!!!

Pia said...

"hidup cikgu hani..sokong hundred percent....saya dok atas pagar jer ni kak..hahha.."

Aku said...

huh? nak naik lagi ka.. alamakkkk....

insan_marhaen said...

Jangan dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

Relaks ler...

secangkir madu merah said...

semua naik.. hujan je yg turun.. hehehehe

Kamariah Awang said...

Gaji naik, seronok. Barang naik, tak seronok. Tapi ma tak makan gaji...Hihi...

wahida said...

kalau betul la rumours kata nak naik gaji tu...alhamdulillah...

Zaitun said...

Tepuk dada tanya selera.

Naik pun suka tak naik pun suka, sama aje ending storynya.

ieja amieja said...

baru jer ura2 nak nek gaji..rege brg dah naik dulu..cam ne ni??apa agaknyer yg turn x naik??

sal said...

betul..gaji lum naik ,baru ura2..harga makanan dah naik dulu..
sapa yg untung ni..

Muzaffar said...

saya sokong awak...

MULAN said...

gaji naik, harga barang pon akan naik kan... macam selalu..

Cikli said...

cikgu, saya tengok masa inilah cikgu-cikgu akan menjadi rebutan.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu Hani,

Semoga yang bertiup itu membawa khabar yang nyata, bukan hanya impian, kesian pada yang mengharap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...