Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 5, 2011

Anis cakap kalau mcm artis Korea baru kira lawa!



" Mummy, masa mummy muda dulu mummy lawa tak?"
Laa Anis, ni soalan cepumas ni.
Ok look here girl, let me tell you our family secret.
Dulu kan...
Kami ni 'slim melim' semuanya..Arwah Saloma pun tabik tau!
Tu nenek Anis tu, Ratu Kebaya sebelum perang kedua lagi.
CikLong tu jelingan mata dia..Adoii tak tidor malam Ayah Long dibuatnya.
Cer tanya CikNgoh, tahun berapa dia pegang tittle Miss Malaya.
Itu yang Ayahngoh tergila gila tu
MummyChik pulak kalau keluar ke pekan, berderet hero2 ikut, sampai bertikam,bergusti berebutkan dia.
Tapi Uncle yg menang at last.
Mummy?
Mummy lagi dasyat tau..Kalau P ramlee tgok, mesti dah dapat berlakun jadi heroin dah.
Tapi mummy tak nak lah ganggu periuk nasi heroin2 lain kann.
Ini belum cerita pasal mak2 sedara Anis yg lain2 lagi ni.
Pendek cerita lebih kurang Madhuri Dixit dan Aisywarya rai lah.
Opsss, Anis tak kenal yer.. Ok kira mcm sikit atas dari artis Korea yg Anis minat tu..
Hmm..amacam Nis, agak2 menjawap soalan Anis tak?
Anis terkebil kebil, terkumat kamit.

"Dah tu kenapa Anis tgok kat foto ni tak lawa pun...."

Alamak Anissssss...Pasal foto yg mummy belum ready ni rupanya..
Susah payah mummy REKA STORY, ingatkan hapa tadi.
Anis, cantik hati yang penting.
Luaran tak cantik tak apa.

(Gelak sakan anak beranak bila saya jawap soalan Anis tadi, yer lah dah sedia maklum kami ni memang jauh dari lawa pun, pengaruh baka menyebabkan antara kami ramai yg sepet dan itu lah agak nya buat Anis tertanya tanya.)





22 comments:

ajumohit said...

manisnya dia..berbaju biru...

ibundo said...

haha.. yang penting lawa di hati. selamat hari raya.

kasihredha said...

hihihi
yg penting cantik hati :)

sW33tdARLiNG said...

cantik dari pandangan matahati.. salam kenal mummy hani!~

gedek! said...

Kpop sebagai piawai...?

Wow!

cikguden said...

dahsyatnya sampai bertikam bergusti

hani@debumelukut said...

Aju,
tq..tua2 ni mana ada lagi manis nyer..

hani@debumelukut said...

ibundo, budak2 sekarang artis korea aje yg dia org puja ..

hani@debumelukut said...

kasihreda,
cantik hati yg payah tu..

hani@debumelukut said...

aw33tdARLING,
salam kenal dan tq singgah sini.

hani@debumelukut said...

gedek,
memang macam tu lah bebudak ni..Kpop.

hani@debumelukut said...

cikguden,
tu kan cerita dongeng tu..

Zaitun said...

Bila hati bersih ia akan terpancar dimuka,itulah kecantikkan sejati.

sal said...

lawanya mummy masa muda yee..

sekarang pun masih bole tahan...

moga kita semua sihat walafiat..tulah yg lebih penting ..

hani@debumelukut said...

Betul Ton, Kalau hati berkarat, mana nak cantik lagi kannn..

hani@debumelukut said...

Sal, alah, jgn percaya lah, cerita dongeng kak hani aje..saja nak usik Si Anis yg tak habis2 duk puji artis korea.

MulutPayau said...

hihihi..sian kat saloma kan kalau akak jadi heroin...

Betul tu..yg penting cantik di hati..

Haslina said...

hahahaha... buleh keluar soalan tu dri anis ya? beauty lies in the eye of the beholder, anyway.. budak2 bawah umur menilai kecantikan dari perspektif lain, kita yg dewasa pulak perspektif lain.. tak masuk kira jantina lagi tu kan, kak hani? hahahaha.. sorry tak habis gelak lagi..

Cikli said...

lawa, tak percaya tengok ic...

Kamariah Awang said...

Cantik diserikan dengan ketulusan hati, kan Hani?

hani@debumelukut said...

Cikli,
hehehee..tgok tarikh lahir di IC baru tau kenapa tak lawa..

hani@debumelukut said...

Kamariah,
ketulusan hati lah yg membuatkan wajah berseri seri..Kalau hati tak tenang wajah pun suram jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...