Ya Allah ya Tuhan ku,
Ini doa ku buat mereka yang ku kenali.
1. Kawan ku ni dah lama sakit..
Kalau pulih itu lebih baik untuk dia, ku pohon rahmat dari Mu, Kau pulihkan lah dia kerana aku terlalu simpati bila melihat dia menangung azab sakit itu.
2. Kawan ku yang dekat dihati ku ini berhadapan dengan persoalan yang besar, perlu membuat pilihan.
Kau lapangkan lah hati dia dan tunjukkan lah pilihan yang terbaik buat dia.
3. Yang sorang ni pula sedang risaukan kesihatan ayahanda yg agak kritikal.
Semoga Kau berikan dia peluang untuk lebih lama lagi dapat bermanja dan berbakti kepada ayahanda. Panjangkan lah usia ayahanda nya dan kembalikan keceriaan di wajah kawan ku ini.
4. Dia ni pula dah dapat tawaran menunaikan haji tahun ni.Tuhan ku, kau permudahkan lah urusan haji nya nanti dan semoga dia mendapat haji yang mabrur.
5. Yang terakhir ni payah sikit...Kawan lama ku ni ada anak yang istimewa. Anak bongsu, Oleh kerana dia pun dah warga emas, dia selalu memberitau ku yang dia sentiasa doakan semoga usia anak nya lebih pendek dari usia nya. sebab nya dia bimbang kalau sudah sampai ajal nya, siapalah yang akan uruskan kebajikan anak istimewa nya itu.
Tuhan, aku tidak tau doa apa yang harus ku pinta bagi pihak dia.
Hanya Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk makluk mu.
Maka bahagiakan lah hati kawan2 ku ini.
Aku tidak pernah berdoa semoga kau ringankan beban dugaan yg kau peruntukkan buat mereka kerana kau maha mengetahui.
Aku hanya pinta semoga kau berikan lah mereka kesabaran yang berganda untuk menghadapi segala dugaan itu.
Sebagaimana Kau juga telah dan sentiasa memberikan ku kesabaran yang secukupnya..
Ya Allah ya Tuhan ku.....
Kau lah tempat ku memanjatkan doa.
Hanya kau lah yang tahu segalanya.
Subhanallah.
8 comments:
salam teacher - your strength, courage and faith are already so strong. I WILL continue to pray for those things for you friends as well as for your comfort, peace and each and every moment, as they are all so precious.
Yes, only God knows His plans for us and these are lessons we can all learn from.. to savor each moment every day....Take care teacher!
Aminnnn... Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Amiiin... Semoga Allah memakbulkan doa dari seorang sahabat sejati yang berhati mulia ini...
assalam..
Amin... apapun kesabaran mmg amat pnting dr itu org camni prlu byk sokongan
Amin, moga Allah SWT perkenankan doa mu cikgu..
Semoga hamba-hambaNya tabah menghadapi dugaan.
moga Allah memperkenankan doamu..
doa sahabat yg kudus dan ikhlas..
amin..amin Ya Rabb..
Kalau doa nombor 4 itu adalah untuk makcu, terima kasih tidak terhingga kerana telah memberi ruang .
Post a Comment