Bila kita rasa kita dah tak boleh bersabar dah dengan seseorang, ingatlah betapa Allah itu sentiasa bersabar dengan kerenah kita..Dia masih lagi memberikan kita nikmat yang banyak walau pun kita berulang kali melakukan perkara2 yg tidak patut kita lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.Subhanallah.
Kalau pun kita merasakan ada orang yang sengaja melukakan kita, mempermainkan perasaan kita, menghina kita dan tidak menghargai kita, cuba kita berada di tempat mereka..Mungkin kita akan buat sesuatu yg lebih teruk lagi dari itu jika kita berhadapan dengan orang seperti kita. MasyaAllah…Terimalah hakikat kita pun bukan betul sangat. Kita pun byk kelemahan dan kekurangan…Mana ada orang yang sempurna ? Cubalah untuk tidak terlalu mencari kesempurnan dalam diri orang lain dan menerima seseorang seadanya..
Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada kita, cubalah menutup rapat-rapat dan mengikat masa lalu kita dengan KEMAAFAN. Ubat hati yang terbaik adalah kemaafan.Temuilah kedamaian hati setelah kita pujuk hati untuk memaafkan…Biarlah kalau ada yang mengata kita bodoh jika berbuat begitu. Astaqfirullah…Apa guna menjadi cerdik tetapi hati berpenyakit dan kuman dendam membiak di dalam. Saya rela menjadi bodoh dan diselimuti ketenangan.
Dan jangan patah semangat karena hati yang disakiti, mungkin itu satu ujian/ dugaan dari Tuhan . Redha dan tabah lah, semoga Allah Subhanahu wa ta'ala mengantikanya dengan pahala dan keimanan.....Allah Hu Akhbar…
Bila ingin mendapatkan yang terbaik maka ubahlah diri kita menjadi menjadi baik pula...
Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.
Ada orang berdoa sepanjang hayat tapi Allah makbulkan doanya di Syurga.
Jadi jangan pernah kita berhenti berdoa..InsyaAllah.
Hanya pada Dia tempat kita berserah segalanya.
Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia
~ “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun.’” (Al Baqarah 2:156) ~
…dan juga dgn hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram..
~ “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Al Ra’ad 13:28) ~
…dan sentiasalah igat bahawa Allah x pernah menzalimi hamba-hambaNya…
~ ”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al Baqarah 2: 286) ~
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
4 comments:
Kita sering dilukai dgn sengaja mahupun tidak. Cuma saya telah belajar sesuatu. Allah itu sentiasa dekat. Saat sedih saya memang akan terus bercakap dengan Allah. Saat org tidak sudi berteman dgn saya pun hati selalu memujuk "Allah kan ada". Lama lama kita mangli dgn kesedihan sebab tahu Allah pengubat luka. Muga kak Hani bertabah hati.
Kita sudah tua. Dendam pun pastinya sudah tua juga dan seharusnya telah luruh satu-persatu. Lagikan AL QURAN sebagai mukjizat akan buruk dan hancur setelah lama menyinggahi tangan ke tangan, inikan pula masa lalu. Al Quran itu fitrahnya untuk dibaca dan difahami dengan santun. Dendam pula perlu dikikis dan dibuang jauh2 dengan ikhlas kerana kita atau dia mungkin khilaf.
betul..walau apa pun dugaan..jgn henti berdoa..
cikgu..
terimakaseh buat entry ni.
hal yg sama terjadi pada saya dapat membuka mata/hati saya.
Post a Comment