Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 6, 2012

Cakap sorang2, risau sorang2..siapa suruh?

Dah Jumaat sekali lagi.
Syukur, masih boleh kekal di bumi ini.
Walau kesihatan agak kurang baik akhir2 ini,
masih lebih baik dari orang2 yang lebih sakit.
Cuma kalau banding dengan orang yg sebaya saya dan sihat walafiat tu
terasa sangat betapa uzur sudah menjadi teman saya.
Saya sudah bertambah uzur.
Sedar diri begitu.
Terima hakikat.
Detik waktu telah menambahkan umur saya
dan menjadikan sisa usia makin sedikit.
Menambahkan uban saya dan
menambahkan kedut.
Pahala pun di harapkan makin bertambah,
bukan hanya dosa yang pantang leka, terus membukit.

Saya mematuk keyboard ni di waktu orang lain di ulit mimpi.
Saya terbangun oleh kesakitan dan telah telan ubat..
Tapi saya terfikir juga,
Mungkin kah satu hari di depan nanti,
saya bakal terbangun sakit dan tidak ada ubat yang dapat membantu.
Walau takut dan rasa tak sanggup tapi hari itu akan tiba juga.
Bagaimana?
Macam mana?

Tuhan, ku berserah segalanya pada mu.

5 comments:

Kakcik Seroja said...

Hanya kepada Dia kita berserah...

Acik Erna said...

assalam hani..semoga hani bertemu penawarnya..insyaallah

Chik Att said...

samalah ...kita..

kadang2 terpaksa bertahan ngan ubat. Nyatanya kita dah tua kan cikgu ...

insan_marhaen said...

teringat kata2 seorang mualaf..'Setiap hari kita semakin hampir dengan kubur'..
(kata2 ini untuk peringatan diri sendiri)...Allahurobbi...

Salam ukhwah....semoga di beri kesihatan yg baik untuk terus melakukan ibadah dengan sempurna..

secangkir madu merah said...

Banyakkan berehat dan rajin2 makan ubat kak Hani... Saya doakan akak cepat2 sembuh dan jalani hidup dgn penuh ceria...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...