Siapa?
Ahli Saikologi ke, pakar kaji tabiat manusia ke,
semua tak larat nak terima kita seadanya.
Maklum lah kita ni bukan baik sangat pun.
Peel perangai ada kala mengalahkan yg bertanduk.
Ini kan pula kalau setakat best friend.
Boyfriend?
Special friend?
Jangan harap laa.
Plastik jer tuh.
mereka tu kalau baik pun, baik ada benda tu.
Yer lah belum capai target tu, bukan main lagi simpati melimpah ruah.
Sampai kita rasakan mereka ni orang ke malaikat sebab terlalu pandai mengambil hati kita.
Tapi selama mana mereka boleh berpura pura begitu?
Tok sah harap lah..
Paling2 dia orang guna kelemahan kita tu untuk kutuk kita balik.
Macam buka pekung di dada lah kalau mengadu hal kat orang lain.
Sendiri mau ingat, esuk2 merekaa tempelak kita balik.
Kalau pun mereka simpati, simpati tu hanya lakonan semata.
Sementara belum dapat apa mereka nak.
Taktik biasa lah tu..
Pengalaman mengajar saya bahawa bila kita jatuh,
tak ada orang yang ikhlas mengangkat kita.
Tinggalkan kita tertiarap dalam lumpur tu ada lah.
Siapa yang datang membantu kita?
Siapa yang menerima kita yang bergelumang lumpur tu?
Siapa yang sentiasa ada untuk kita?
Siapa lagi?
Saya cakap macam ni sebab saya tau perangai saya top ten dalam kategori buruk.
Syukur Alhamdullilah ada lagi orang yang boleh menerima saya seadanya.
Yang boleh bersabar dengan saya dari dulu hingga sekarang hanya lah keluarga saya.
Yang betul2 menerima kekurangan saya hanya lah ahli keluarga saya.
Anak2 saya, mak bapak saya, adik beradik saya dan pasangan saya.
Orang lain? Kata org tua2,
Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali, buat banyak kali!
Mua ha ha ha haaa............
3 comments:
memang betul... org yg berlakon tidak akan bertahan dengan lebih lame
Salam Cikgu Hani,
Setuju sangat dengan senarai yang cikgu tuliskan tu, itulah orang-orang yang larat dan boleh tahan dengan perangai kita, terutama mak ayah dan pasangan kita.
Satu keberuntungan beroleh pasangan yang begitu..... kalau pasangan makcu, "Hah, duduklah Sabariah kat situ!"
Post a Comment