Adakah kamu singgah semalam?
atau hari ini kamu telah singgah tadi,
adakah kamu akan singgah lagi?
Seterusnya akan kamu lawatikah sepi ku,
atau kau biarkan saja debu waktu berkumpul
tidak terusik.
Tidak berbekas apa apa.
Sekiranya kau singgah,
Samaada tanpa sengaja atau
langkah berniat,
hembuskan lah angin bayu
biar aku dapat rasakan
rindu mu masih menyapa.
Aku sebenarnya
masih berdiri di sini
menanti
kepulangan mu.
3 comments:
wah..
cikgu sedang merindui seseorang dan menanti kedatangannya ya?
serulah namanya diangin lalu agar angin itu menyapa dia untuk singgah..
Tunggu cucu yang datang dan pergi seperti biskut coklat chip.
InsyaAllah baik2 saja...amin
nk brkenaln kat fb. guna nama acik sal di fb..tq
Post a Comment