Bilakah masa yang sesuai untuk kita berhenti risaukan pasal anak anak?
Semasa mereka bayi kita ingat dah boleh berjalan, pandai bercakap nanti tak penat lah sikit duk jaga merka.
Salah..
Semasa mereka kanak2 sekolah rendah kita tunggu mereka sekolah menengah supaya kita boleh nafas lega.
Salah.
Semasa mereka remaja kita andaikan mereka dah boleh berfikir macam org dewasa.
Salah juga.
Dah dewasa, dah kawin dan dah beranak pinak kita ingatkan kita dah tak perlu awasi mereka.
Punnn salah.
Anak2 ni ada ada saja lah.
Ada jer perkara yang perlu kita selia dan perlu kita awasi.
Tunjuk ajar, nasihat, bantuan tetap kita hulurkan, kenapa?
Tak konfident dgn kemampuan mereka untuk berdikari kah?
atau kita yang tak nak menerima hakikat yg mereka dah boleh berdikari ?
Saling kait mengait lah tu.
Begitu begini...Tak habis2 kita ni duk fikir pasal mereka tu.
Yer lah, macam mana nak habis, selagi mereka tu anak kita selagi itu lah kita ni mak bapak mereka kan?
Agaknya kita ni tak beri peluang mereka urus diri dan keluarga mereka sendiri kot?
Cuba beri mereka peluang jadi dewasa dan matang...let them alone sekejap. boleh tak?
Ok, kita cuba.
By the way,
Ni dah pukul 3 petang ni, anak2 mummy dah solat zuhur ke belum?
6 comments:
he he..tergelak sendiri..betul tu..tak tau lah sampai bila..rasanya selagi hayat dikandung badan.
bersyukur pada allah..kita ada anak yang nak dirisaukan..
cikgu...
anak walau dah kawin pun masih perlukan bimbingan kiter?
aiyooo... bila pulaklah kerja kita nak selesai...
nampaknya tak akan selesai-selesai jugak...
sebab lepas ni nak jaga cucu pulak...
Ingatkan bila depa dah kawin, dah ringan kerja kita...
saya selalu fikir apa yg cikgu fikir....mungkin semua ibu begitu...semuanya kerana sarat dg kasih sayang.
anak dah kawen pulak, kita fikir pasal cucu..hai.. memang takkan habis, bertambah lagi ada..
Selagi mata belum terpejam kak, di fikiran hanya ada anak2 saja...
sentiasa rindukan dorang..kalau blh nak drg kecik jek..hehehe
Post a Comment