Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, December 7, 2012

Harta karun yg saya jumpa bila mengemas

Bila balik rumah dan bukak tudung,
saya letak kerongsang merata.
Kalau bukak tudung di dapur, maka kerongsang menumpang di atas kabinet  dapur
Kalau bukak tudung depan TV maka di situ lah kerongsang akan bermalam.
Pas tu kalau nak pakai balik mula lah mencari cari.
Semalam saya mengemas rumah.
Ni kerongsang yang saya temui sedang bersembunyi di segenap ruang rumah saya.
Saya suka bentuk haiwan yg cute gitu.
Ada lah 12 ekor yg di jumpai, ada lagi yg masih sembunyi.
Nasib baik tak bernyawa, kalau tidak sah dah mati kelaparan.
Mungkin sebab kerongsang saya ni yg murah2 saja
itu pasal kalau letak merata pun tak de siapa nak curi.
Tapi murah pun, nak dapatkan reka bentuk yg saya suka payah jugak.
Janji saya pada diri sendiri, nak letak tempat senang di cari.
Tapi saya kenal diri saya ni.
Sekejap jer simpan dlm bekas, dlm drawer macam ni.
Sebulan dua lagi kosong balik lah drawer ni.
Mana pergi brooch saya tu?
Merayap.
Menjalar,
Terbang..
Tu lah pakai brooch haiwan sangat.

Old Habits die hard.

5 comments:

Nizam.Ariff said...

punyalah lama terperuk sampaikan jadi mumia keras2 binatang tu....

Ibu n Abah said...

Hihihihi...
Cikgu ni kelakarlah..
Betullah jika amik bentuk binatang... Mmg lah depa merayap2....

Wak Gelas™ said...

wak pon dh lama X mengemas harta karun wak jugakkk.. UUhuuu

Marina Monroe @Nanie said...

Salam Hani,


hehehehehe sepanjang hidup akak hanya ada dua kerongsang yg bentuk binatang, kupu2 dan swan.

azieazah said...

Kak Hanny kena mula biasakan buka brooch dan letak di tempat yang biasa. Kalu tidak memang terlepas semua haiwan tu. Hehehe btw, saya pun suka yg bentuk haiwan camtuh. Tapi bentuk burung hantu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...